Saturday, August 4, 2012

Mungkin Ini Yang Terakhir Untuk Kita


Hidup ini umpama roda, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah, namun ape yang menjadi tanda tanya di sini, mungkin kita yang buat diri kita mecemtu. kita x tau ap yg kita lakukan, IMAN kita sekejap tinggi, sekjap rendah dan inilah yang selalu kita dengar di mulut org dan sebab itulah bila kita lakukan kesilapan kita kata, x pe kali ini sahaja kita di bawah nnt naik la balik. terlintas di fikiran saya, kita yang menentukan siapa kita. Siapalah kita untuk membangga diri sedang manusia ini diumpamakan seperti sebelah sayap seekor nyamuk sahaja, dan siapalah kita untuk berlagak, sedangkan Allah x pernah memandang kita.
Apa itu puasa ? dan mengapa kita perlu berpuasa ? Syaitan diikat, tapi mengapa masih ade yang lakukan kesilapan. sekadar renungan, mungkin kita x tau, atau mungkin kita tau, disebabkan puasa ini sudah menjadi kebiasaan, setahun sekali, dan mungkin kita alpa untuk mengahayati mengapa dan kenapa kita berpuasa. Adakah puasa ini mampu mendidik kita menjadi yang lebih baik selepas ini. Adakah berubah semasa bulan puasa sahaja. 
 surah Al - Baqarah ayat 183 :

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. 

puasa ? menahan diri daripada makan dan minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. mungkin ramai yang tau takrifan ini. cukupkah sekadar kita mengetahui? Allah berfiraman seperti yang tertera di atas, supaya kamu menjadi orang yang bertakwa. mungkin kita sendiri x tau apa itu takwa, dan sebab itulah kita susah nak menjadi insan yang bertakwa. Takwa adalah puncak penghasilan terhadap amalan dalam mentaati Allah S.W.T bermaksud kita benar2 merasakan diri kita ini sangat2 kerdil di hadapan Allah.