Friday, July 26, 2013

Jatuh . Bangkit . Terussss ... Terbang.












Degupan jantung berdenyut laju, tatkala Ketua Hakim Majlis Tadarus Al-Quran kali ke 39, 2013 dijemput oleh Pengerusi majlis untuk mengumumkan siapakah juara bagi acara dipertandingkan.... Nak dipendekkan story, jantung nak tercabut waktu tuhh bila Ketua Hakim cakap macam nihh " seterusnya bagi acara Syarahan Agama Sekolah Menengah kategori Lelaki...... Tempat ketiga dengan peratusan 91% dari Negeri Kedah.... "Huh ! Perasaan gemuruh mula menyelubungi diri, dalam hati kata camnih " ya Allah ada harapan ke menng nihh " kemudian Tempat kedua dengan Markah 92% Negeri kelantan.... Argggghh. Ya Allah waktu tuh terus tertunduk, kalau boleh x nak dengar seterusnya. Dan Juara Syarahan Agama kategori Sekolah Menengah kategori lelaki Majlis Tadarus Al - Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 39...... Dengan peratusan 94 % Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata Dari Negeri Selangor. Dengan terus tertunduk waktu tuhh. Dalam hati Allah jer yang tahu, apa yang rasa... Alhamdulillah ya Allah tahun ini rezeki aku ya Allah. Tak mampu nak ungkap apa2 waktu tuhh. Rasa gembira sukar nak digambarkan. Macam dapat 11A+ SPM Pulakk... Alhamdulillah !







Ha ! Cerita tentang SPM, nak kaitkan dengan selingan kenangan manis Kat atas tuh.... Tup2 lepas jer menang dengan jayanya, terus cuti Dan lepas sahaja buka sekolah terus dapat result exam. Hati rasa berdebar, dengan usaha yang sikit, tapi nak buahkan hasil yang mantap. Memang angan2 Mat Jenin je lahh kan? Dengan ini result saya mencatat rekod yang sangat buruk dengan kedudukan dalam tingkatan 209 / 215. Sangatlah merisaukan diri Dan hati yang diselubungi dengan perasaan gembira kian Kabur dek keputusan yang diterima jauh sekali nak dibandingkan dengan sahabat handai di bumi Bestari. Diri ini tahu apa yang lemah, diri ini tahu apa yang tertinggal, diri ini tahu apa yang kurang sehingga mencatat keputusan sebegitu teruk sekali, namun seketika diri ini menjadi tidak keruan, tak tahu mengapa, rasa kemurungan yang menghinggap diri datang tiba2. Ouhh. Mungkin Allah nak suruh usaha lebih lagi, Allah nak suruh selalu berdamping denganNya agar tidak terus hanyut dengan apa yang kita nikmati... Tiba2 teringat kata2 akak senior  juga pernah mewakili Negeri Selangor Syarahan Agama waktu 2011. Rasa tenang bila dengar bingkisan ini ...

Menyingkap erti kehidupan

Menyelami erti sebuah kehidupan, Kerana hari ini ini manusia masih tidak mengerti tujuan sebenar hidup kenapa dan mengapa ? Diri yang menulis ini bukanlah terlalu bijak untuk memberi makna yang mendalam, cuma ingin sama2 kita mulakan titik permulaan yang baru di bulan yang penuh barakah ini mengapa kita perlu hidup. Tinta seorang belia, yang bakal menduduki SPM tahun ini, ingin berkongsi sedikit maklumat yg sedia ada dan terdengar daripada beberapa para ilmuan yang lebih hebat.