Monday, February 2, 2015

Hukum



Baju - baju dikumpulkan ke dalam satu beg besar, Ibu bergegas ke pintu, tombol pintu dipulas, pintu terbuka luas, beg berisi baju tadi dicampakkan ke luar rumah. Ibu yang dalam perjalanan pulang ke kampung terpaksa berpatah balik ke rumahnya walaupun sudah pukul  3 pagi untuk mengambil dokumen penting yang sepatutnya dibawa ke kampung.

"keluar kau dari rumah ini, aku tidak mahu lihat muka kamu lagi."

"manusia macam kamu ini, tidak layak untuk duduk di rumah ini."

"mulai hari ini kau jangan panggil aku ibu lagi." Jerit seorang ibu kepada anak perempuannya itu.

"Ibu, maafkan saya ibu, janganlah buat saya begini." rintih seorang anak kepada ibunya.

_______________________________________________________________________
"Alisha, tolong buat air untuk I boleh tak ? I dahagalah". Minta Thomas kepada Pembantu Peribadinya.

"You nak air ?" "Karipap pun I boleh siapkan untuk you tau." Gurau Alisha tanda "ya" bahawa dia sudi menolong Thomas.

Berskirt pendek paras lutut, berambut panjang menyentuh bahu berwarna perang, bertumit tinggi Alisha senyum memandang wajah Thomas, kemudian dia mengatur langkah dengan lenggang - lenggok keluar dari bilik bosnya menuju ke dapur untuk membuat air kopi kegemaran bosnya, pemilik syarikat swasta yang pekerjanya berbilang bangsa di dalamnya.

"Astaghfirullahalazim, Apalah yang si Alisha dan Thomas buat dalam bilik tu tadi ya"

"Entah - entah sudah bermesra. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat, tempat terbuka pun ramai orang berani buat macam - macam, apatah berdua dalam bilik tu." Bisik hati Zahira sambil memandang Alisha yang sedang menuju ke dapur.

Mata Zahira tekun melaksanakan tugasnya, Alisha berjalan menuju ke bilik Thomas. Sebelum itu, dia berhenti seketika di tempat Zahira sambil memgang cawan berisi kopi yang berasap itu.

"Hai Zahira ! buzy nampak, senyumlah sikit barulah comel. Ramah Alisha.

"Eh Alisha, suka betul awak puji orang ya ! . Awak pun apa kurangnya, tapi...... lagi cantik kalau awak labuhkan skirt awak tu. Sindir Zahira sambil membetul - betulkan tudungnya itu.

Mendengar kata - kata Zahira sebentar tadi, Alisha hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa - apa, Dia terus beredar dari tempat  duduk Zahira menuju ke bilik Thomas tanpa rasa bersalah. Namun jauh di sudut hatinya, dia cukup terkesan dengan kata - kata Zahira sebentar tadi. 

Sebaik  sahaja Alisha beredar dari tempat Zahira, Zahira terus mengeluarkan Iphone 6 yang baru sahaja dibelinya. Dia dengan pantas mengambil gambar Alisha yang sedang menuju ke bilik Thomas dengan langkah lenggang - lenggok.

_________________________________________________________________________________

"Kita adalah wanita. Harga diri kita tinggi bukan boleh dijual beli."

"Haa ! gambar Alisha macam sesuai je untuk caption gambar aku kat instagram ni."

"Tak nampak pun muka Alisha, dia bukan follow aku pun kat insta muslimah macam aku ni."

"Aku pun taknak tengok muka dia kat insta dia tu, dedah sana dedah sini, memalukan kaum hawa je." Kata Alisha, meninggikan suaranya sedikit.

"Zahira ! apa bising - bising tu ? Tegur Zaitun, Ibu kepada Zahira.

selepas selesai membasuh pinggan di dapur, Zaitun terus menaiki tangga menuju ke bilik anak kesayangannya itu.

"Zahira, kenapa ni sayang ?" Tanya Zaitun prihatin

" Takda apa - apa lah ibu, kawan kerja Zahira ni seksi betul bu"

Zahira menunjukkan gambar Alisha yang diambilnya tadi di tempat kerja.

"Ish ! apa jenis manusia lah dia ni, lain kali kalau nak jadi Islam, jadilah betul - betul macam orang Islam, macam kita ni, ibu tak pernah ajar anak ibu pakai mecemni, memalukan je." Tegas ibunya.

"Tulah bu, tadi Zahira sindir dia, cakap kat dia suruh labuhkan kain sikit, Dia boleh senyum je ibu. Ya Allah ! geram betul Zahira dengan dia."Cerita Zahira semangat.

"Ha ! inilah kawan kerja Zahira bu, yang Zahira kata ada scandal dengan bos Zahira tu, Thomas. Thomas tu hensem ibu, muka dia sebijik macam penjaga gol Malaysia tu, Khairul Fahmi Che Mat. Tergugat iman Zahira." Tambah Zahira lagi.

"Dah - dah Zahira, jangan nak mengelamun sangat, Thomas tu Cina, takdenya nak ada hati dengan kamu. Ni dah solat ke belum ni ? sedap kamu makan daging orang ya." Sindir ibunya.

"Hehe, Zahira uzur la."Jawab Zahira selamba.

_________________________________________________________________________________

"Boom !"

"Opocot mak kau suka makan daging orang !" latah Zahira terkejut.

"Ish, awak ni Fauzi, terkejut saya, awak nak apa ?" Tanya Zahira kepada teman sekerjanya itu.

"Saya nak minta tolong awak ni, tolong passkan hadiah ni kepada Alisha." Jawab Fauzi sambil menyerahkan kotak berwarna pink kepada Zahira.

Wajah Fauzi yang tampan, bersih serta susuk tubuh badan yang sasa, berbaju kemeja Regular Fit dipakainya sempurna mengikut bentuk badannya, ditenung Zahira lama.

"Zahira ? Zahira ?" panggil Fauzi menyedarkan Zahira yang sedang mengelamun melihatnya.

"Awak okay tak ni, boleh tolong saya tak ?" desak Fauzi.

Tanpa berfikir panjang, Zahira setuju sahaja ingin membantu Fauzi kerana ketampanannya itu sudah berjaya mencuri hatinya walaupun dia sebenarnya tidak suka kepada Alisha.

_________________________________________________________________________________

Jam menunujukkan 10.30 malam, Zahira masih lagi di tempat kerjanya. Dia masih tekun menyiapkan kerja yang diberikan oleh Thomas. Fauzi berjalan menuju pintu keluar.

"Eh, Zahira saya balik dulu ya ! Thank you sebab tolong saya, Sayang awak !

"Okay, sama - sama." Jawab Zahira sambil memandang muka Fauzi masam.

Walaupun penat, mendengar perkataan sayang yang keluar dari mulut Fauzi, membuatkan dia rasa bahagia. Siapa tak suka kalau crush sendiri panggil sayang. Saja dia tidak zahirkan kegembiraan semasa mengucapkan "sama - sama" kepada Fauzi.

_________________________________________________________________________________

Langkah diatur menuju ke tempat letak kereta, Zahira berjalan sambil tersenyum teringat kata - kata yang diungkapkan oleh Fauzi kepadanya sebentar tadi. Ketika Zahira sedang berjalan menuju ke keretanya, dia ternampak sebuah kereta yang pecah cerminnya. Dia mula risau, kemudian  dia cuba menghampiri kereta itu, kelihatan seorang lelaki sedang terbongkok - bongkok dan sedang memeriksa kerosakan kereta itu. Sedang Zahira cuba mendekati kereta itu, lelaki itu memandang ke arah Zahira. Ternyata lelaki itu adalah Fauzi. Bajunya berlumuran dengan darah, kerana tangannya terkena serpihan kaca cermin keretanya. Mukanya sangat pucat dan kelihatan sangat penat dan panik.

"Fauzi, awak okay tak ? cepat ikut saya, saya hantar awak balik dan kita buat laporan polis."

Fauzi yang penat serta tidak mampu berfikir apa - apa, terus setuju dengan pelawaan Zahira itu.

_________________________________________________________________________________

Fauzi mengikut Zahira balik ke rumah. Muka Fauzi pucat, kelihatan dirinya juga masih trauma dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Tangannya juga luka kerana terkena serpihan kaca yang berkecai semasa memeriksa keretanya itu. Bajunya yang dipakai segak semasa waktu bekerja tadi sangat comot dan dipenuhi darah.

"Awak, baju awak kotor sangat tu, habis penuh dengan darah, haaa tengok tangan awak tu pun luka jugak". kata Zahira sambil memegang stereng kereta Myvi nya itu.

"Zahira, boleh tak saya nak tumpang rumah awak sekejap ? saya nak bersihkan diri saya ni. Saya taknak adik - adik saya risau dengan keadaan saya mecemni" Tanya Fauzi gelisah.

Mendengar kata - kata Fauzi sebentar tadi, Zahira seakan serba salah sama ada ingin membantu Fauzi atau tidak. Jam pun sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, Zahira risau akan keadaan sekeliling, takut - takut jadi bualan orang melihat mereka berdua di rumah. Kebetulan Ibu dan keluarganya yang lain sudah berangkat ke kampung. Dia tidak ikut serta bersama keluarganya pulang ke kampung kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.

"Emmm. emmm." kata Zahira gelisah.

"Bolehkan Zahira ?" Tanya Fauzi sambil merenung dalam ke mata Zahira.

"Emmm. boleh, boleh. Jawab Zahira pantas kerana terpesona melihat pandangan Fauzi.

_________________________________________________________________________________

"Fauzi, masuklah bilik adik saya tu, dalam bilik tu ada tandas, bolehla awak mandi dan bersihkan luka awak tu."

Zahira menunjukkan bilik adiknya kepada Fauzi, kemudian dia pergi mencari baju untuk diberikan kepada Fauzi. Menggantikan kemeja putihnya yang berlumuran dengan darah itu.

"Fauzi, Fauzi !" , panggil Zahira. 

Zahira menuju ke bilik adiknya untuk memberikan baju kepada Fauzi tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Eh ! Maaf . Kata Zahira sambil menundukkan kepalanya.

Fauzi yang baru sahaja membersihkan dirinya hanya bertowel dan tidak berbaju. Jelas kelihatan otot - otot dibadannya timbul. Memandangkan hobinya juga bersenam di gym ketika masa lapang, badannya tegap dan sasa. Fauzi menuju ke arah Zahira tanpa segan. Tangannya bersentuh dengan Zahira. Mata bertentang mata, maka syaitanlah yang menjadi orang ketiga.

_________________________________________________________________________________

"mulai hari ini kau jangan panggil aku ibu lagi." Jerit seorang ibu kepada anak perempuannya itu.
"Ibu, maafkan saya ibu, janganlah buat saya begini." rintih seorang anak kepada ibunya.

Air matanya jatuh satu demi satu membasahi bumi. Air mata kesal yang tiada guna lagi untuk ditangisi apakan daya hanya syaitan sahaja yang ketawa gembira. Zahira kesal dengan tindakannya membenarkan lelaki masuk ke dalam rumah semasa ibunya tiada di rumah. Dia tahu, Syaitan sudah berjaya menghasut dirinya melakukan perbuatan terkutuk itu. Lebih memilukan lagi, dia dihalau oleh Ibunya sendiri yang menyaksikan perbuatan hina anak kesayangannya itu.

________________________________________________________________________________

"Aku terima nikahnya Masya Alisha Binti Zamarul Zaman dengan mas kahwin RM 300 tunai"

"Sah ?" Tanya Jurunikah kepada saksi.

"Sah sah" Jawab saksi sambil mengangguk.

Alhamdulillah, Alisha dan Azim selamat disatukan. Pasangan merpati dua sejoli ini sama cantik sama padan.

"Cantik you bertudung Alisha". Puji Azim @Thomas (nama sebelum Islam)

"Alhamdulillah bee, semua ni hidayah daripada Allah. Setiap yang hitam pasti akan ada yang putih kan ? Allah tu Maha Adil.

"I pun tertarik nak masuk Islam sebab terpikat tengok kesantunan you, bila I tengok you sempurna berhijab mecemni I rasa lagi tenang hati I." Puji Azim@Thomas

_________________________________________________________________________________

"Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun kita kahwin kan bee ?"

"Alhamdulillah ! seronok I tengok Rizqi main dengan Farish, adalah jugak teman dia untuk bermain, takdelah dia sunyi je.

"Betul tu bee" kata Alisha.

"Ingat lagi arwah Zahira, manis orangnya, sebiji macam muka Farish itu."

Selepas peristiwa menyayat hati itu, Zahira tinggal bersama Alisha di rumahnya. Zahira meminta maaf kepada Alisha kerana seringkali menilai manusia dari luaran sahaja. Dia sedar perbuatannya itu seolah menghukum manusia . Seolah dirinya sudah tahu di mana tempatnya selepas mati dan bagaimana pengakhiran hidupnya sebelum mati. Dia bersyukur kerana masih ada orang ingin melihat dan mebesarkan anaknya.
________________________________________________________________________________

"Terima Kasih Mummy" Ucap Farish kepada Alisha.

"Sama - sama sayang" Jawab Alisha sambil mengesat air mata.

Fauzi memegang bahu Farish menuju ke kereta kemudian melambaikan tangan sebagai tanda perpisahan . Dia yang menghilangkan diri selepas sahaja bernikah kerana ditangkap khalwat di rumah Zahira 15 tahun yang lalu malu dengan tindakannya itu. Kini dia muncul dan insaf akan apa yang telah dia lakukan.

Tamat

_________________________________________________________________________________

Terlalu banyak makian serta hinaan kita lontarkan sesama manusia, seolah kuasa hidayah itu di tangan kita.

Namun, jauh di sudut hati kita untuk kita banyakkan berdoa berbanding kritikan yang kita suka humban.

Mungkin kita terlupa bahawa hidayah itu bukan milik kita.

Nukilan jiwa : Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata

_________________________________________________________________________________