Thursday, December 25, 2014

Titis



Saat ini,

Aku sibuk dengan cinta manusia,
Leka dengan alam maya
Tumpu dalam ujian dunia semata,


Saat ini,

Jiwa asyik dengan duit semata,
Bagai Tuhan untuk manusia,
Seolah tak terdaya hidup tanpanya,



Namun,
Tanpa aku sedar,
Aku sudah jauh tersasar,
Dek cintakan kejayaan dunia,
Aku melukut bagai orang gila,



Duhai Teman,
Rebahkan dirimu di tikar sejadah,
Titiskan air matamu,
Kerana aku tahu,
Jiwa kita ini sudah sakit tak tentu,



Aku yakin dan pasti,
Tuhan pasti tahu apa yg terbuku di hati.


Rintihlah teman, taulan,

Buat seketika,
Utk kita hapuskan busuk di Jiwa . 


Nukilan hati .
Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata . 

Wednesday, October 29, 2014

Susun


Dalam hidup ini, pasti banyak liku yang perlu kita tempuhi. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang masam, ada yang kelat. Tapi Interpretasi daripada rasa itu kita sendiri sahaja yang tahu. Rasa yang bagaimana ? Allah sahaja yang tahu.




Duduk termenung seorang diri mengkaji serta membuat refleksi pada diri yang hina ini, apakah makna disebalik kejadian dan setiap detik yang Allah telah takdirkan buat diri ini. Puisi atau luahan hati yang tercatat di laman INSTAGRAM aku ini bagaikan sebuah cerita yang Allah telah susun cantik perjalanan hidup ini. Penuh makna buat insan yang bernama Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata yang baru sahaja menjejakkan kaki di Universiti.

Detik indah ini bermula begini.


Detik 20 Mac 2014, tarikh keramat buat lepasan SPM (SENIOR YEAR KAU !!) Tarikh cantiklah juga untuk aku ambil keputusan yang tak tau laa elok le tak. Nak dipendekkan cerita, keputusan takda la cemerlang mana, cukup2 makan je. 5A . ouhh okay tak pandai . haha.





Kebetulan Hari Ibu, Hari yang sama Upu Keluar, saat aku berikan hadiah (kongsi2 ngan kakak) saat itu rasa sedih tak terkata. 

pendekkan cerita lagi, selepas beberapa bulan berlalu pergi, Keputusan UPU . Matriks. Form 6. IPG. MARA. JPA. semua keluar. Tika itu, saat sahabat semua tengah nikmati saat - saat bahagia mereka dengan keputusan majoriti orang duduk Asrama dapat. Aku tak ditawarkan mana - mana . Uisshh patah seribu hati waktu tu. Tak terkata , Terkedu.





maka, detik kemurungan aku bermula, pada mulanya ACTION @ belagak sebab taknak masuk IPG, Disebabkan tak dapat mana - mana itu sahaja tawaran pertama dan terakhir maka ku relakan jiwa. Kata hati mungkin ini takdir aku. Pergi Interview jer. So tak confirm lagilaa.








nak dijadikan cerita sadis lagi, time tu semua orang dah sibuk masuk U . Matriks. Sampai suatu ketika, keluar hang out semua dok cite pasal U, matriks. Aku hanya diam dan senyum sahaja. buat2 rasa tak touching. Bayangkan time tu, jantung gugur. sedihnya Allah je yang tahu.



waktu tu, seolah - olah cita - cita dan harapan sudah musnah, Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung sahaja pengajian di Bumi Kisas. Hati waktu tu pasrah, takpe la mungkin ini yang terbaik buat aku.

Muncul Nukilan Mendung menggambarkan perasaan sedih dan hiba tika itu.









sudah suratan takdir menentukan segalanya. Maka Al-Quran menjadi penenang buat diri yang resah gelisah ini.

Hidup perlu diteruskan, Hari - hari pujuk diri. agar terima keadaan ini seadanya.





Redha dengan ketentuan Tuhan, maka aku Yakin sahaja dengan apa yang telah Allah berikan, Ya Mungkin Bumi KISAS menjadi tempat aku. Kerana UIA bukan lagi menjadi pilhan hati. 



Keesokan harinya, tatkala aku bangkit dari lena, aku terima pesanan bahawa Keputusan Rayuan UPU boleh check. Dengan tidak beharap tika itu, aku pon check sahaja main2. Tiba2 dapat pulak. Ya Allah ! kau seorang sahaja yang tahu betapa perasan aku tika itu.





maka langkah ku bermula. Alhamdulillah.







Wednesday, October 15, 2014

Darjat


Dalam kehidupan ini, setiap insan punya ibu bapa yang menjaga. Punya IbuBapa yang menjadi tempat bermanja.

Namun, di atas muka bumi yang Fana' ini juga punya dua kategori ibu bapa yang berbeza, ada yang hebat berbicara, pandai mendidik jiwa.

Ada juga jenis yang sambil lewa, tidak pandai berpujangga tatkala bicara, ada juga membiarkan anak mereka dibiarkan begitu sahaja atau kata lain kategori Ibu bapa yang bermasalah.

Secara ringkas disini kita ada dua kategori parents :
1) Tidak Bermasalah
2) Bermasalah

Fokus disini merujuk kepada pembentukan anak - anak atau diri kita selaku remaja yang merupakan pencetus kepada pembentukan negara pada suatu masa akan datang.

Dua kategori ini menunjukkan dua jurang yang berbeza yang mebezakan darjat seseorang, pada pandangan saya, punya IbuBapa yang serba kekurangan sebenarnya lebih mampu untuk hasilkan anak - anak yang tabah .


Oleh itu, Ibu Bapa itu setanding sahaja dengan Ibu Bapa yang zahirnya memang hebat. Jadi atas alasan apa, darjat manusia itu berbeza di atas muka bumi yang fana' ini ?

Kesimpulannya, kehidupan manusia yang hanya sekelumit cuma ini berpunca dan asbab pertama adalah dari Allah Yang Maha Kuasa.

Kurniaan akal yang Allah berikan kepada kita, menyuruh kita sentiasa berfikir atas setiap kejadian yang ditakdirkannya. Seorang yang punya Ibu Bapa yang hebat, tidak menjamin anak yang hebat, begitu Ibu Bapa yang bermasalah, tidak juga menjamin anak - anak yang bermasalah . 

Jadi Fikirkan .

Kata Allah dalam Al - Quran :

"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali" ( Al - Hujurat 13)

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada zahir kamu, dan tidak pada rupa kamu, akan tetapi melihat hati, dalaman, keikhlasan kamu (Hr Muslim)

Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah kepada anak, tidak boleh ditransfer dari seorang guru kepada anak muridnya, benih - benih taqwa perlu disemai dan dibajai agar tidak diganggu oleh makhluk perosak, bunga - bunga taqwa perlu dijaga agar sentiasa mekar harum mewarnai kehidupan.


Tuesday, July 22, 2014

Ayah :)



Aku melihat dirinya,
Sakit menanggung siksa, 
Menahan perit dan sengketa, 
Tak terdaya aku melihatnya, 

Dulu, 
Kau seorang yang ceria, 
Kau buat kami ketawa, 
Seyuman manismu, 
Tersemat di Qalbu, 

Kini, 
Semua itu tiada lagi, 
Sebak rasa di hati, 
Aku hanya mampu menangisi, 
Kerana kau yang dulu bukan yang kini, 

Ya Allah, 
Ku pohon kepadaMu, 
Tabahkan dia(Ayah), 
Aku tidak sanggup lagi melihat dia, 
Merana menanggung luka, 

Aku ? 
Hanya doa mampu aku panjatkan, 
Air mata jatuh di sejadah, 
Aku redha dan pasrah, 
Kerana aku yakin, 
Allah pasti kurnia hikmah 

Tulus Ikhlas, 
Anakandamu 
Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata .

Yang Terakhir Ini, Biarlah Bererti :')


MULIA

Yang terakhir ini biarlah bererti,
Kerana selepas ini,
Kau tak tahu apa yang menanti,

Ramadhan pergi,
Bermakna kau sudah siapkan diri,
Mengharungi liku yang menanti,

Bukan kembali,
Menjadi Insan tak berguna lagi,

Tika Ramadhan,
Sungguh-sungguh kau habiskan Al-Quran,
Siang malam kau buat kebaikan,

Namun,
Saat itu berlalu pergi,
Kau mencaci maki, 
Kembali menjadi hakiki,
Insan yang tidak punya Akhlak tepuji,

Jika ini yang kita ingini,
Apakah erti Ramadhan ini ?




MATI 

Duduk termenung seorang diri , 
Melihat sengsara kanan dan kiri, 
Ribuan telah menghadap Ilahi, 
Mengapa kita masih begini ? 

Ramadhan juga hampir pergi, 
Mantapkah diri ? 
Setelah Ramadhan berlalu pergi ? 

Suatu hari kita bakal pergi, 
Bagaimana pula keadaan kita nanti ? 

Ayuh persiapkan diri,
Perbaiki hubungan dengan Ilahi . 


DUNIA

Bila dunia dijadikan cita,
Semuanya jadi apa-apa,

Bila akhirat tersemat di jiwa,
Dunia ini tiada apa untuk dibangga. 


SAMPAI BILA ? 

Saat dunia menanggung seksa, 
Aku masih terbahak ketawa, 

Mungkin, 
Cinta aku lebih kepada dunia, 
Bukan akhirat sana, 

Bibir mampu berbicara, 
Bukan bicara biasa, 
Tapi, bicara yang dusta, 

Sampai suatu ketika, 
Aku terlupa, 
Yang aku ada Dia(Allah), 
Untuk aku meluah rasa, 

Saat aku mederita, 
Aku menangis seksa, 
Bibir menjadi kelu, 
Saat itu aku buntu, 

Jangan melulu, 
Kerana liku itu, 
Jalan yang aku harus tuju. 











Thursday, May 29, 2014

Mendung

Langit gelap,
Dilitupi awan,
Di dalamnya ada air yang bertakung,
Apabila ia berat ia rebah,
Hujan membasahi bumi,
Tapi ia tak kekal selamanya,
Muncul matahari menerangi bumi yang tadinya gelap,

Umpama manusia,
Dia duka,
Berat menanggung di kepalanya,
Dia menangis,
Suatu kepuasan untuk dirinnya,
Kini dia sedar,
Kerana mendung @ beban yang seketika itu buat dirinya tersenyum untuk selamanya.

Tuesday, May 20, 2014

Cerita Kau Dan Dia, Aku Terasa ?

Cerita Kau Dan Dia, Aku terasa ?

Dalam dunia ini semua orang inginkan perubahan . Semua orang inginkan keamanan. Masing masing bertindak untuk mendapat manfaat untuk diri . Untuk orang lain ? Mungkin ya ? Tapi hanya sekelumit cuma. 

Dunia ini banyak ragamnya . Ada yang baik . Ada yang jahat . Yang peramah . Yang pemarah . Yang berilmu  . Yang kurang berilmu . Ohhhh ya ! Ilmu ? Banyak beza org yg berilmu dengan orang yg tidak berilmu ni . Sebab bila kita berilmu kita tahu untuk  gunakan ilmu itu . Tapiiii . Ada juga orang yang berilmu, hanya tahu mendabik dada dan katakan ya saya berilmu dan menghukum orang sesuka hati tanpa mengenal isi hati dan suka - suka je nak jauhkan diri dari masyarakat yang dikeji ! 

Ni ada cerita antara Kau Dan Dia . letakkan "kau" "dia" itu sebagai nama . 

Cerita Kau dan Dia . Aku terasa ?

KAU 
Lahir dari keluarga yg alim 
Mak ayah kau basic agama kuat 
mak ayah kau solat tak tinggal 
Mak ayah kau hari2 ingatkan suruh kau buat baik
Kau cukup kasih sayang
Semua benda kau mintak mak ayah kau bagi
Kasih sayang yang kau tak mintak
Still mak ayah kau bagi 
Kau ada sumber kekuatan 

Ilmu agama kau tinggi sangat 
Maklumla mak ayah kau kuat agama 
Ilmu kau tinggi gila 
Nak suruh kau keluarkan hukum .
InSyaAllah semua boleh 
Sampaikan kau bila nampak kesalahan sikit 
kau mesti ada je ayat power nak keluarkan
Kau rasa tu salah . Ni salah . Semuannya salah 
Kau je yang betul 
Sebenarnya kau rasa hebat bila kau keluarkan hujah . 
Kau rasa kau dah cukup sempurna . 
Sebab tu kau suka gaya hidup kau 
Orang kata kau ni dah confirm syurga
Kau rasa lega dan kau buat lagi buat lagi

Sekarang
Kau dah ada kumpulan 
Kawan kawan kau cantik hensem 
Jalan pandang bawah senyum kat orang pun taknak 
Kawan kawan kau hebat macam kau juga
Ye la kau ada ilmu
Dengan ilmu kau kau boleh tutup kesalahan kau 
Kau rasa gembira tapi sebenarnya kau leka









Dia 
Lahir dalam keluarga biasa biasa je  
Mak ayah dia basic agama tak ada la kuat sangat 
Tau la solat jugak tapi
Mak ayah dia solat pon jarang sebab
Mak ayah dia buzy sangat cari duit 
Sampai dia rasa diri dia terabai 
Dia pun tension sebab tak dapat perhatian 
Dia tiada sumber kekuatan 

Sampai dia buat keputusan untuk memberontak jadi anak jalanan
Dia jadi mecemni semua sebab keluarga dia 
Dia rasa down sebab tu dia memberontak 
Dia tak cukup kasih sayang 
Sebab tu dia jadi anak jalanan sebab dia rasa
Tak ada orang sayang 
Bila dia buat salah tak ada siapa pun yang tegur
Dia selalu dinukum, dicaci, dimaki bila dia buat salah 
Maklumla Ilmu agama dia sikit je 
Sebab dia tak tau apa apa
Tiada siapa ajar dia sebab mak ayah dia bagi dia
Duet sahaja . 

Sekarang dia sengsara . Dia derita . Dia buat apa dia suka 
Sebab dia kata . Tiada siapa nak paham dia 
Apa yang di buat semua tak kena 
Sebab tu la dia memberontak sampai dia suka melakukan dosa 
Dia ketawa tapi jauh di sudut hati dia 
Dia menangis menanggung seksa
Tamat .

Kenapa kau rasa sakit hati bila baca ? Kenapa kau yang terasa ? 
Sebab kau yang baca 
Kau kan orang berilmu 
Kau membaca utk kau tambah ilmu 

Dia tak terasa sebab dia tak baca 
Sebab dia tengah memberontak jadi anak jalanan
Kalau dia baca mungkin dia senyum je . 

Maaf andai terasa kerana ini 
Cerita Kau Dan Dia :)

Jika kita rasa kita berilmu . Bertindak seperti orang berilmu . Kita punya kelebihan . Jadi aplikasikan mengikut kehendak masyarakat dengan bijak . Jangan melulu memijak tanpa menjejak . Isi hati perlu diperhalusi . Sekiranya kita mendekati ada yang mencaci . Kita yang perlu memperbaiki . Bukannya meghukum sesuka hati . Kerana kita punya ilmu . Mungkin mereka kurang .Fikirkan yang terbaik ya sayang ! 

Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik . Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijlanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang - orang yang mendapat petunjuk. 


An-Nahlu : 125







Friday, March 7, 2014

Cuti



3 bulan menyusul pergi bagaikan mimpi yang baru sahaja aku sedari. rasa baru sahaja azam itu dan ini awal bulan yang sudahpun pergi. kononnya ingin menjadi manusia yang punya cita. Namun ia hanya angan semata.

Muhasabah menjadi saksi dan bukti betapa peritnya diri ini mengharungi segala liku yang perlu dilalui demi mencari redha ilahi agar segala kelemahan diri bisa diperbaiki menjadi muslim sejati.

Hampir 18 tahun hidup di dunia ini, namun diri masih mencari, apa yang harus aku temui, apa yang harus aku kuasai demi berbakti utk agama dan negara yang ku cintai.

Alunan zikir Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah kedengaran acap kali usai solat. namun persoalannya di sini sampai manakah alunan itu mengalir ? adakah sampai di hati ? layakkah alunan itu diterima Ilahi ? atau hanya sedap didengar dan dipuja yang keuar dari bibir manusia ? Itu yang harus aku perbaiki. 


bekerja sambilan, katanya ingin mencari pengalaman ? Ingin merasai susahnya mencari wang demi menyara insan yang dikasihi. namun apakan daya, katanya itu hanya pemanis bicara buat ibu bapa benarkan bekerja. Alhamdulillah, jika alasan yang pertama itu menjadi tujuannya.

Namun, parah akibatnya andai ambilan itu hanya untuk kemewahan dunia semata. Sanggup bekerja bersusah payah, namun solatnya juga susah. Katanya, penatlah, buzylah, susahlah, lah lah lah lah. Siapa sangka Penghulu Harinya (Jumaat) sudah tiada makna buatnya. Mungkin ku hanya pandai berkata, kerana ku hanya Penganggur sahaja.



Khidmat Negara menjadi punca perbalahan rakyat sengketa. Pelbagai alasan yang diterima kerana ingin menolaknya. Aku hanya mampu tersenyum manja, kerana nasibku tidak sama seperti mereka.

Apa yang peliknya, bahagia pula yang mereka rasa tatkala tiba disana. Aku hanya mampu menggeleng kepala. Ya. aku tidak merasa. Ada yang gembira ada yang berduka. Namun dugaan itu harus mereka terima. Moga kau peroleh sesuatu wahai teman.

haaaa. yang ini mungkin panjang berjela tidak terkira kerana ini apa yang aku rasa.



Aku melihat dirinya terseksa, resah gelisah menjadi derita buat dirinya. Aku hanya mampu diam membisu seperti batu yang tidak punya hala tuju. Ingin sekali aku menyelami apa yag sedang dia tempuhi agar dapatku rasai derita yang sedang dia lalui. Kata Doktor, dia punya anxiety yang mungkin mengambil masa yang agak lama untuk diubati.

Aku hanya mampu bermunajat memohon pertolongan dariMu agar ku gagah tempuhi segala liku yang hampir 2 tahun lebih aku rasai dan menjadi sumber kekuatan diri. Air mata mampu mengalir tatakala bersujud memohon Ilahi agar diri ini tabah menempuhi segala liku yang harus aku harungi. Hidup perlu diteruskan.

khusus buat sahabat2 yang sebaya. Tak kisahlah apa yang kita sedang lalui kini. Tidak banyak sedikit pon jadi. Letakkan dalam diri dan hati, apa yang akan kita jadi untuk Dunia, Agama, Negara, Keluarga, Diri suatu hari nanti.

Jangan hanya ilmu pernah di dada, Al-Quran tersemat di jiwa, Namun tidak pernah menyelami isi hati setiap diri yang memerlukan pertolongan demi menjadi Muslim Sejati. Perbaiki diri agar kita mampu mengasihi dan dikasihi oleh setiap individu di muka bumi ini. Ayuh perbaiki diri.

SYAMIM MUHAIMIN BIN ABDULL SHATA .


SIAPA KITA SUATU HARI NANTI ? 


Sunday, February 9, 2014

Duniaku Dakwahku :)))

menyingkap sejarah yang diri ini mersakan ianya bagaikan mimpi :')

Koleksi Piala Kemahiran Amal Islami Jabatan Agama Islam Selangor (KAMIL)


 Johan Syarahan Bahasa Melayu KAMIL Zon 4 2010  


Johan Syarahan Bahasa Melayu KAMIL Zon 4 2011 


 Johan Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Negeri KAMIL 2011


Ketiga Syarahan Bahasa Melayu KAMIL Zon 4 2013 :'(


Koleksi Piala Majlis Tadarus Al-Quran Kementerian Pendidikan Malaysia 


Johan Syarahan Agama MTQSS Peringkat Zon 2012



Johan Syarahan Agama MTQSS Peringkat Daerah 2012


Saguhati Syarahan Agama MTQSS Peringkat Negeri 2012


Johan Syarahan Agama MTQSS Peringkat Daerah 2013 


Johan Syarahan Agama MTQSS Peringkat Negeri 2013 


Johan Syarahan Agama MTQSS Peringkat Kebangsaan 2013


Koleksi Piala Pusingan 


Piala Pusingan Johan MTQSS Peringkat Negeri Selangor 



Piala Pusingan MTQSS Peringkat Kebangsan Kementerian Pendidikan Malaysia


Koleksi Piala SAMBESTARI


Johan Debat Bahasa Melayu MAIBEST 2012 (Pembahas Terbaik)


Johan Syarahan Bahasa Melayu MAIBEST 2012


Johan Syarahan Bahasa Melayu MAIBEST 2013


Anugerah Pencapaian Peringkat Negeri 2011


Anugerah Pencapaian Peringkat Negeri 2013


Anugerah Penacapaian Peringkat Kebangsaan 2013


Anugerah Khas Tokoh KOAKADEMIK Agama



Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor 

Anugerah Khas Murid (MTQSS)




Sejarah yang terukir hanya tinggal kenangan manis sepanjang bergelar pelajar sekolah :))) Namun kecemerlangan ini bakal lebih indah andai peperiksaan berjalan seiring. Namun Allah itu adil. DIA tahu apa yang terbaik untuk makhluk ciptaannya ini. Kerana diri ini tidak tentu mampu menjejakkan kaki ke SAMBESTARI tika Hari Anugerah Cemerlang 2014. Akan tetapi Kecemerlangan SPM tetap kuinginkan. Biarlah piala2 ini bakal menjadi kenangan terindah buat diriku dan sesiapa yang pernah mengenali aku :')

Terima Kasih Buat Senior dan Cikgu2 . Abang Syafiq . Abang Muhairi. Abang Jay. Kak Zaidatul Dalila. Cikgu Siti. Cikgu Kasmani. Cikgu Umi. 
Love You All So Much :)))