Sunday, January 4, 2015

Percaya




Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! 

jeritan jantan terdengar menembus sampai ke bilik 216 Blok Boboy . Beberapa pelajar lelaki Sekolah Menengah Jalan Jantan bergegas ke bilik yang kedengaran suara jantan tadi.

Setibanya mereka di bilik itu. "Woi ! kau dah kenapa jerit macam hantu ni ?" "Sakit Otak ke apa ?" . Tanya Alan kepada Akim mendahului rakan - rakannya yang lain.

"Eh, kuat ke aku jerit ?, saja je aku test suara aku yang habis jantan ni. takde apa - apa lah, selumbar masuk kaki je ni, dah elok dah keluar dari kaki aku yang "wangi" ni. Jawab Akim tanpa rasa bersalah.

"Ish kau ni Akim, suka sangat buat saspen tau, haritu kau tipu kitorang cakap handphone kau hilang, laju - laju kitorang lari  pergi cari takut - takut ada pengawas rampas atau siapa - siapa ada curi.". Kata Alan serius sambil mengetuk kepala Akim tanda geram.

"Ala, Sorry la. Okay aku janji, aku tak buat dah lepasni. okay ? relax la bro ! gurau - gurau manja pon tak boleh ke ?" Jawab Akim selamba.

_________________________________________________________________________________

Akim merupakan seorang lelaki tampan yang boleh dikatakn "Hot" la jugak kat Sekolah Menengah Jalan Jantan tu. Dia bersama 3 sahabatnya yang lain iaitu Alan, Arman dan Arian juga punya watak yang sama seperti Akim. Tapi Akim ni lain sikit, dia baik, ada lah jugak nakal - nakal sikit. nak senang described Akim ni, Dialah jejaka idaman Malaya era ini. Muka ala - ala Sharnaaz Ahmad, tapi lembut sikit, tapi bukan Encik Sotong ya !

_________________________________________________________________________________

"Wei Alan, macam tak percaya kan ?" 'Tak percaya apa ?" jawab Akim. "ye la, macam tak percaya kita boleh jadi pasangan kekasih yg sweet kan ?" mendengar kata - kata Akim tadi rakan - rakan yang duduk semeja dengan Akim yang sedang menghayati lagu perpisahan sempena makan malam terakhir mereka sebagai pelajar sekolah memandang ke arah mereka yang sedang berpegangan tangan dengan muka yang menjijikkan. 

"Eh rileks la, aku main - main je" . "aku cakap, macam tak percaya kan, kita dah last day harini, lepasni semua dah nak buat haluan masing - masing." "Nanti semua dah merantau sana - sini. susah dah nak lepak - lepak, cerita - cerita pasal wanita pilihan hati." "eh banyak lagilah."" tiba - tiba aku rasa nak menangis pulak"

Arian mengangkat tangannya lalu melepaskan tamparan ke muka Akim persis Sharnaz Ahmad tu. Terdiam sekejap Akim. "Dah - Dah, jangan lah nak sedih sangat, nanti aku pulak yang nangis kat sini, malu lah kalau nangis depan perempuan". "Tapi ye lah." Celah Arman. Seriously aku pun tiba - tiba rasa sebak pulak malam ni." (Alunan muzik latar Thousand Years by Christina Perry) tiba - tiba buat mereka rasa sedih untuk berpisah sesama sendiri.

_________________________________________________________________________________

Akim merebahkan badannya ke atas katil, badannya melantun - lantun dek kerana katilnya yang sangat selesa. dia tersenyum kerana teringat segala kenangan manisnya di bangku persekolahan dahulu, bersama empat sahabatnya yang boleh dianggap seperi kembarnya sendiri. Kini Akim sedang belajar di salah sebuah Universiti di Malaysia, mengambil kos Arkitek. Minatnya dalam seni lukis juga membuatkan dirinya cemerlang setiap kali semester. Akim teringat perbualannya bersama Alan, iaitu antara orang yang akrab dengannya berbanding sahabatnya yang tiga orang lagi.

_________________________________________________________________________________

"Wei, Akim kenapa nangis teruk sangat ni ?" "Eh ! Alan, kau nampak ke ?, malulah aku kantoi menangis dengan kau, Eh takde apa - apa lah, aku okay je." " kau jangan nak drama melayu sangat dengan aku, nampak orang nangis, pergi tanya, lepastu kata takde apa - apa". "kau ni, kita dah kawan hampir 5 tahun dah wei, duduk asrama ni sama - sama, semua buat sama - sama, tak payah nak tipu aku sangat. aku kenal kau." jawab Alan serius, sambil membuka kopiah di kepalanya wajahnya persis Imam Muda Asyraf tiba - tiba bertukar seperti Farid Kamil. 

"Aku bukan apa, aku baru lepas kene tinggal dengan awek aku". "Kene tinggal ?" "Aah kene tinggal, dengan Alia." "Alia ?" jawab Alan dengan nada yang agak tinggi. "Alia tu bukan suka perempuan ke ?" macam mana dia boleh sangkut dengan kau ni ?" sambil menutup mulut dan ketawa kecil, Akim memukul peha Alan yang sedang duduk bersila menghadap Akim. "Aku tipu kau je la, mana ada aku bercinta ni". Alia tu pon siapa aku tak kenal, pandai - pandai je kau kata Alia suka perempuan, Alia mana yang kau maksudkan tu aku pun tak tahu. setahu aku Alia yang ada kat Sekolah Menengah Jalan Jantan ni (walaupun nama Jantan tapi sekolah campur) baik dan sweet je wujud. tak pernah lah pulak aku dengar dia suka sama perempuan. kau jangan nak pandai - pandai fitnah berdosa besar tau.

Cubaan Akim untuk mengubah topik perbualan mereka tidak menjadi, sebab Alan sudah cukup masak dengan perangai Akim yang suka mengubah topik perbualan sekiranya ingin meluahkan sesuatu.

"Bapak kau buat hal lagi ke ?" Aah. bapak aku buat hal lagi. Jawab Akim sambil menundukkan pandangan. "kali ni dia balik rumah, dalam keadaan mabuk, dia sepak - sepak bakul lepastu dia minta duit kat kakak aku. Kakak aku tak bagi, sebab dia kata dia nak tanggung belanja yuran asrama aku, adik aku lagi, kakak aku meniaga nasi lemak je, duit pun cukup -  cukup je untuk buat belanja. "lepastu apa ayah kau buat" . Tanya Alan pantas. "Macam biasa la dia buat kakak aku, dia sepak kakak aku, sampai lebam peha dia.""Kebetulan aku baru balik dari asrama kelmarin, depan mata aku je peristiwa tu berlaku, aku terus jerit kat ayah aku" "aku terus lempar duit aku kat ayah aku, duit yang aku jual kerepek kat asrama tu". "lepastu ayah aku terus keluar dari rumah, sambung buat kerja bodoh dia tu"

_________________________________________________________________________________

Akim tersedar daripada lena, dia asyik mengimbau kenangan lama sampai terlena dibuatnya, dia sedar Alan kini jauh di Manchester melanjutkan pelajaran. Sukar untuk dia lupakan kenangan manis dia bersama Alan sewaktu alam persekolahan, kerana segala isi hati yang ingin diluahkan tentang permasalahan diri dia serta konflik keluarganya yang tidak pernah habis, hanya Alan sahaja yang faham. tapi itu masalah tika dia di bangku sekolah menengah. Sudah lama masalahnya itu membelenggu dirinya. Kakaknya kini pun sudah meghadap Ilahi, dek kerana mengidap penyakit kanser payu dara. Tuhan lebih menyayanginya. Akim pasrah serta redha dengan ketentuanNya. Kini dia hanya bergantung nasib dengan neneknya yang menjaga dia dan adiknya selepas pemergian kakaknya. Bapa dia pula kini berada di penjara dan menunggu hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita.

"Nak Air sikit boleh ?"tanya Ammar.  "ambil je la, lain kali kalau nak air, ambil je, tak payah minta kebenaran aku. Jawab Akim. "Okay, Terima Kasih". sedang leka Akim buat assignment yang telah ditugaskan oleh lecturer, tiba - tiba lagu Rude dari kumpulan Magic kedengaran. Teman sebiliknya di Universiti menari kerana terkejut. Akim menjawab panggilan, "Hello Akim, cepat balik, adik kamu accident tadi naik motor, dia di Hospital Jalan Harimau sekarang. cepat balik ambil nenek kat rumah, tiada siapa kat hospital nak tengok adik kamu tu."Akim terus kelam kabut mengemas barang kerana risau akan adik kesayangannya itu, Aiman. 

"Kau nak pergi mana?" Tanya Ammar. Aku nak balik rumah, ambil nenek aku, adik aku accident tadi, dia kat Hospital Jalan Harimau, tiada siapa nak tengokkan dia tu." Jawab Akim tercungap - cungap "kau nak pergi dengan siapa ?"" Naik bas la". "Eh, takpe biar aku hantar kau, guna kereta aku" "Eh takpe ke ?" "Eh, boleh je. kawan tengah susah kene lah tolong""Dah - dah, jangan nak banyak bunyi, cepat ikot aku" Jawab Ammar tegas.

"Doktor ? macam mana dengan adik saya ? " "Adik kamu sekarang dalam keadaan tidak sedarkan diri, saya harap kamu bersabar dengan apa yang saya nak beritahu kamu nanti. "Baiklah doktor" jawab Akim gelisah. "adik kamu mengalami kecederaan teruk di kepalanya, dia akan sedar, tetapi 80% kemungkinan dia akan hilang ingatan, saya harap kamu dapat bersabar.

mendengar kata - kata doktor sebentar tadi, hatinya mula hancur. Air matanya tidak tahan lagi. Muncul Ammar di belakangnnya mengusap badan Akim menenangkan keadaan Akim kerana melihat wajahnya pucat serta sedih tak terkata. Air matanya menitis satu per satu ke lantai, menggambarkan betapa sedihnya perasaan dia yang baru sahaja kehilangan kakaknya, bapanya yang juga ingin mulai insaf di penjara akan menjalani hukuman gantung sampai mati menerima balasan dunia atas keangkuhan dirinya yang hanya cintakan dunia dan bernafsukan binatang semata - mata. sebak tak terkata kerana hanya  merasa kasih sayang seorang ibu sementara, yang mati bertarung nyawa ketika ingin melahirkan adiknya yang bongsu kini terlantar di hospital dan kemungkinan hilang ingatan buat selamanya.

semenjak peristiwa itu, Ammar dan Akim bersahabat baik. Ammar sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Akim yang penuh dengan dugaan. 

_________________________________________________________________________________

Air mata mengalir di pipi Akim, kelihatan mukanya sangat sebak dan sangat bermasalah. Alia mengelap air mata yang jatuh berderai di pipi Akim. Alia mengelapnya dengan penuh kasih sayang. mukanya persis Sharnaaz Ahmad itu, ditenung lama kerana wajahnya itu sungguh tampan. sampailah Akim tersedar.

"Sayang. kenapa tak tidur lagi ni ?" Tanya Akim kepada isterinya yang cantik persis Neelofa itu, ternyata kisah cinta dia di bangku sekolah itu bukanlah main - main semata, masin mulutnya. Wanita idamannya yang dikatakan sukakan perempuan dahulu kini sudah menjadi isterinya. "Abang mengigau tadi, sebab tu saya bangun, lepastu saya nampak air mata abang mengalir saya lapkan la"Jawab Alia manja. "Abang okay tak ?" "takda apa - apalah sayang, abang cuma mimpi semua peristiwa abang dulu. abang teringat arwah kakak abang, ayah abang dan adik abang". jawab Akim menenangkan isterinya Alia yang gelisah itu. "Abang, pukul 3 pagi sekarang ni, jomla kita tahajud sama - sama. yang pergi tu tetap pergi, kita yang hidup ni perlu teruskan kehidupan. pujuk Alia dengan penuh sayang.

_________________________________________________________________________________

Kringgggggggggggggggggggg ! bunyi loceng sekolah tanda tamat persekolahan, Fareez memegang buku diari arwah atuknya Tok Kim (Akim) yang menceritakan pahit getir perjuangan atuknya menghadapi hidup. Dia tertarik dengan kata - kata ini, 

"Hidup ini Allah pasti kurnia sahabat - sahabat yang baik sebagai teman pengganti untuk kita terus maju ke hadapan, jika kita ditarik suatu nikmat, dengan kepercayaan Allah itu Maha Adil Dia pasti beri yang lebih baik kepada kita"

"Jadi percayalah dengan segala ujian Allah, hadapilah ia dengan penuh tabah, InSyaAllah, kurniaan Allah itu pasti akan muncul"

yang benar Tok Kim (Akim)

-Tamat-

_________________________________________________________________________________


Saturday, January 3, 2015

Hari Ini





In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Malaysia is a unique country. It is made up of multi - ethnic group who are living in harmony. In fact, it is the diversity that drives the development of the country and makes this country colorful.

Unity ? The unity is very important for national unity. The national unity will ensure the country's prosperity and the prosperity will create national integration. 

The unity and integration is the ultimate aim of development.

So apa tu Unity, apa tu Integration ? apa beza dua ni ?

Unity : In Malaysia context, unity is a process of forming a national identity among various groups that have differences in beliefs, cultures, customs, politics, social, economic functions, and location into a political entity.

Integration : is a process of uniting groups with different backgrounds into one entity which is bound by common norms, values, and interests. When the integration take place, there will be a sense of belonging and ties of feelings between people themselves.

so, secara takrifan dengan apa yg dikonotasikan sangat cantik bunyinya, saya taknak menyentuh isu kaum lain, kerana saya rasa ada sedikit permasalahan dalam kaum saya iaitu MELAYU (Islam), yang saya perlu dibetulkan dan diperjelas tentang perkara ini.

kerana keadaan serta sikap inilah yang menyebabkan kita selalu bergaduh, bermusuhan serta dakwah yang ingin disampaikan itu kurang sampai kepada mereka yang kita ingin sampaikan.

Jadi ? apa masalahnya ?



Prejudice : It refers to the attitude towards others based on evidences which is not concrete and might be wrong.

okay saya bagi contoh dalam skop dakwah, sbb saya yakin yang sedang mebaca ni confirm kaki membaca dan pendakwah hebat juga. ya saya sangat yakin ! Kita lihat hari ini kita cepat sahaja menilai atau menghukum seseorang tanpa sebarang bukti atau menganalisis latar belakang beliau.

Contoh lagi, Kita lihat seseorang itu tidak menutup aurat, dan dengan ilmu yang kita ada, kita terus kata kepada beliau, " Woi kau ! Neraka tempat kau ? Whattttt ? apakah ini ? sbb kita pon tak tahu di mana tempat kita. Jadi ? jauhkan menilai dan menghukum beb.



Stereotype : Negative general statements regarding certain groups or a person or overexaggeration of good and bad traits of specific person or groups.

Contoh yang saya bole bagi, opinion that all Malays are lazy. Oppss. taknak sentuh banyak2 nnt kene kecam. 

okay dalam skop dakwah, saya bagi contoh, Budak sekolah agama atau orang yang berlatar belakangkan agama, semua orang expect yang diorang ni tak melakukan kesalahan langsung, so bila dia buat salah terus attack, "Ishhhh ! apa ni ? budak sekolah agama pon mencarut ?" Hoiii Manusia ? dyorang pon manusia jugak, Ada ke manusia tak buat silap ? kalo dia tak buat silap. tak namanya
manusia oii.

saya bagi contoh lagi, Si A lahir dalam keluarga yang sangat bermasalah, so sikap cik stereo ni suka sangat kata, "Alaaa tengok la family dia, family dah jahat mesti la dia jahat jugak" see ? ada je kat DUNIA ni, Mak Ayah alim sangat, tapi anak "macam - macam".

saya kata ada. Ada tak maksud semua yaa. faham tak cik stereo ?



Racism : Communalism refers the attitude of favoring one's own group.

saya bagi contoh dalam skop politik, the political parties that exist in Malaysia are still on ethnic base. UMNO represents the Malays, MCA represents the Chinese, MIC represents the Indians and many others.

dalam skop dakwah pulak, orang kita ni kan, suka sangat puak2, aku pon tak tahu kenapa. kalo yang baik dengan yang baik, yang jahat dengan yang jahat. So ? Yang baik terus jadi baik, Jahat terus jadi jahat.

Cukup Tiga Masalah yang masih membelenggu jiwa kita sebagai Rakyat Malaysia khususnya, 

jadi apa penyelesaiannya,

saya bukak dalam skop dakwah, prejudice, stereotype, racism, inilah masalah yang paling kuat ada dalam diri seorang pendakwah, yang mungkin menyangka bahawa kuasa Hidayah itu dalam tangan kita/dia/aku/kau.

sebaliknya semuanya di tangan Allah, Jadi teruskan melakukan kebaikan, serulah kebaikan dengan cara yang betul

“ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al - Nahl :125).

sambung sikit, sebab kuasa Unity dan Integration ni sangat kuat beb dalam bentuk sebuah masyarakat yang bersatu dan faham antara satu sama lain. 

And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided.
 (Al - Imran : 103)

The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy.
(Al - Hujurat : 10)

O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
(Al - Hujurat : 13)

Masalah ada . Penyelesaian pon ada . semuanya bergantung kepada diri kita menentukan masa depan kita.

Okbye

Assalammualaikum.