Tuesday, July 7, 2015

Takkan Aku Sangka




Saat - saat akhir, aku menhitung hari demi hari. Bukan aku yang mahu pergi, tetapi Ramadhan yang bakal berakhir buat kali ini. 20 hari yang lalu, aku bangun, aku sahur, aku solat, aku berbuka dan solat terawaih. ya ! sama seperti orang biasa yang berpuasa.

Soal diterima atau tidak diterima itu aku biarkan sahaja, asal aku sudah tunaikan kewajipan aku seperti manusia yang lain. maksud aku muslim yang lain. Aku rasa itu sudah memadai. Tapi aku tak tahu kenapa, jika sebelum - sebelum ini habis sahaja puasa, aku seperti biasa sahaja, yalah, orang puasa aku puasa, orang berbuka aku berbuka, orang sahur aku sahur, orang terawih aku pun ikut sama.

Kemudian kembali macam biasa lah, macam tiada apa - apa yang pernah berlaku. Hairan juga aku dengan apa yang aku lakukan.

Pen diletakkan di atas meja, tangan mengambil tisu mengesat peluh yang menitis dari kepala, badan menyandar pada kerusi kemudian kepala diletakkan di atas meja sehingga terlelap mata.

"Iskandar, ohhh Iskandar dah pukul 7.15 dah ni, mana kamu ni ? taknak berbuka ke ?" . Jerit Ibu Iskandar memanggil anaknya yang tidak keluar dari bilik.

"mana Iskandar ni, aku panggil tak menyaut pun, tidur ke apa budak ni, dah nak berbuka ni, macam - macam lah Is ni." leter ibunya sambil berjalan menuju bilik Iskandar.

Tok, tok tok.

Tombol pintu dipulas, Ibu Iskandar menuju ke katil anaknya itu. Badannya digoncang - goncang supaya dia sedar dari lena.

"Is bangun Is, dah nak berbuka dah ni, kamu ni tidur pula, 10 minit lagi kita nak berbuka ni, adik, abang kakak kamu semua tengah tunggu kamu tu, ayah kamu tu pun dah bising." leter ibunya lagi.

Mimpi indah Iskandar, tatkala dia ingin menggapai bintang di langit, tiba - tiba ada angin kencang yang datang meniup badannya jatuh ke bumi. 

gedebuk !

Aduhhhhhhhhh, Iskandar sedar dari lenanya, dia sangka dia sudah dapat menggapai bintang, rupanya taik bintang pun tak dapat. Dia terpinga - pinga, kerana tiba-tiba berasa benar - benar jatuh dari langit, matanya menoleh ke kiri dan ke kanan, dia mula sedar dia baru sedar dari lena, Inilah akibatnya kalau tidur selepas asar, macam - macam mimpi diterimanya.

Allahuakbar, Allahuakbar !

"Alamak, dah azan maghrib lah" kata Iskandar dalam hati.

Dia terus bergegas ke tandas dan membasuh muka, kemudian terus menuju ke dapur. Dia melihat ahli keluarganya yang lain semua sedang menunggunya turun.

"Haaaa itu pun abang Is, ingatkan dah taknak berbuka tadi. " kata adiknya.

Kesemua ahli keluarganya memandang sahaja gelagat Iskandar, mereka hanya mampu senyum sahaja. 

Kurma dicapai seorang satu, doa dibaca dengan penuh penghayatan dan mereka terus makan bersama.

"Is, malam ni kita terawih sama - sama boleh tak ?" abang malas nak pergi masjid la harini, rasa nak terawih dengan Is saja malam ni". Kata Arif abangnya.

"Aah, kakak pun rasa nak terawih sama - sama malam ni, yalah dah nak habis puasa kan ni, lagipun dah lama kita tak berkumpul sama - sama mecemni. " sambung Zahra kakaknya.

Iskandar tersedak mendengar kata - kata abang dan kakaknya itu, sebab setahu Is mereka ni memang malas pergi terawih, maklumlah katanya penat sangat bekerja,

"boleh tak Is ?" Tanya abangnya.

"Emmmmm. boleh boleh !" jawab Iskandar sambil tersenyum.


________________________________________


Helaian buku diselak, satu demi satu muka surat Iskandar menghayati isi dan makna tentang bagaimana ingin berjaya di masa hadapan.

Tok, tok, tok !

Pintu dipulas oleh Abangnya perlahan - lahan.

"Is, nak ikut abang pergi beli baju raya tak, adik dengan kakak dah ada kat bawah tu, jomlah ikut sekali"

"Ke kamu banyak kerja ? kalau banyak kerja takpa lah, abang pergi dengan diorang aje lah."

kata abangnya.

"Emmm, takpelah Is banyak kerja lah nak buat, abang pergi je lah dengan diorang dulu."

Hati- hati ya bang.

Arif menutup pintu bilik adiknya itu, dia terus turun tangga dan menuju ke ruang tamu.

"Aiii Ibu, cantik - cantik ni nak pergi mana ?"

"Ha, abah pun sama jugak, nak pergi mana ?" Nak kata pergi kenduri kahwin, sekarang ni bulan puasa, mana ada orang makan siang - siang ni.

"Ibu nak ikut kamu lah pergi beli baju raya, kan kamu nak pergi beli baju raya, haaa adik kamu si Is tu taknak ikut kita sekali ke ?" tanya ibunya.

"Dia taknak ikut lah bu, dia kata dia ada banyak kerja" - Jawab Arif .

" Haaa kalau mecemtu takpalah, jomlah kita pergi, nanti kalau ada baju yang berkenan, beli je lah untuk adik kamu tu dulu, lagipun badan kamu dengan adik kamu Is tu lebih kurang je". Kata abahnya kepada Arif.


    
________________________________________


Yaaaaasssiiiiiinnnnnnnnnn........

setitis demi setitis air mata jatuh kebumi, perasaan hiba yang menyelubungi diri tak siapa tahu kecuali Allah yang satu. Dua hari lagi syawal akan menjelma, sepatutnya semua beraya bersama keluarga tercinta, tapi takdir Allah itu lebih nyata, dan Dia yang punya kuasa atas segala - galanya. Nyawa ini bukan milik kita, jika Dia kata itu ajalnya dia sudah tiba, mungkin kita takkan tahu waktu bila nyawa kita akan ditarik buat selamanya. Sama ada ditarik serentak bersama keluarga, atau seorang demi seorang meninggalkan kita, hanya Allah sahaja yang tahu hakikatnya.

"Is, buat bersabar ya." 

"mungkin ini ujian Allah buat hambanya untuk terus kuat mengahadapi bulan - bulan yang akan datang." Kata rakannya Johan.

Air mata diseka dari matanya, dia cuba pujuk hatinya supaya terima akan keadaan ini, tentang apa yang berlaku. tapi air matanya degil tidak mahu berhenti tiap kali dipujuk. lagi dipujuk lagi menitis air matanya.

Tak siapa mampu tahan sedih, andai kesemua keluarga tercinta pergi buat selamanya. Hati Iskandar acap kali berbisik dan menyalahkan dirinya, dia sering berkata andai dia pergi turut serta membeli baju raya bersama ahli keluarganya, mungkin dia akan pergi juga bersama ahli keluarganya. 

Dia tidak pernah sangka yang permintaan untuk mereka solat terawih bersama itu merupakan solat terakhir mereka bersama di atas muka bumi ini. Dia tidak pernah sangka juga yang ketika mereka berbuka sambil bergembira itu merupakan detik terakhir dia bersama keluarga tercintanya.

Sungguh Iskandar tidak pernah sangka.

Dia tidak pernah sangka, hanya kerana mengelak dari melanggar kucing di jalan dan bertembung dengan lori kayu balak ketika perjalanan pulang ke rumah, boleh meragut 5 ahli keluarganya tercinta. Iskandar tahu berat untuk dia terima semua ini, mungkin dia akan senyap dan murung untuk beberapa hari.

Air mata menitis diatas buku catatanya, dia menyambung setiap bait - bait kata yang dia tulis 27 hari yang lalu tentang makna ramadhan buat dirinya, 

..................................................Kemudian kembali macam biasa lah, macam tiada apa - apa yang pernah berlaku. Hairan juga aku dengan apa yang aku lakukan.(ayat terakhir pada buku catatanya)


dia menyambung ayat yang pernah dia tulis sebelum ini, yang katanya dia hairan tentang sikap manusia yang tidak pernah berubah meskipun sudah sebulan berpuasa.

Persoalan dia lontarkan untuk beberapa hari sebelum ini sudah terjawab, yang makna Ramdahan kali ini, bukanlah menurut apa sahaja yang manusia buat, orang sahur kita sahur, orang berbuka kita pun turut berbuka, orang terawih kita pun turut sekali, akan tetapi kita tidak pernah rasa apa yang kita lakukan iaitu merasa diri kita ini ada Tuhan yang perlu kita sembah dan perlu kita berdamping. Bahawa Tuhan beri kita Ramdhan supaya kita terus istiqamah menjadi hamba yang sentiasa ada bersamaNya.

Bagi Iskandar, kehilangan mereka cukup untuk jawab segala kehairanannya tentang apa itu hakikat kehidupan. Allah itu Maha Berkuasa. 

Jangan sampai kita sudah diuji dengan kecelakaan baru kita mahu tahu apa itu makna Ramadhan.



________________________________________


Moga akhir - akhir Ramadhan ini kita mampu terbangkan diri kita dari kebiasaan keluar kebiasaan.

Ramadhan bukan bulan untuk kita buat kebaikan, tapi bulan untuk kita berlatih untuk terbang menjadi masnusia yang sentiasa campakkan kebaikan untuk bulan - bulan yang kita akan lalui,