Sunday, December 8, 2013

Tentang kita :)

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."

Al Imran : 103



kedengaran laungan takbir bergema selepas tamatnya kertas bahasa arab 1. menandakan tamatlah riwayat sebagai pelajar sekolah agama menegah bestari sekolah kluster kecemerlangan usj 5. perjuangan 5 tahun dan ukhuwah yang kami bina di bumi bestari ini banyak menyimpan kenangan manis, pahit, suka dan duka bersama. sungguh menyentuh tatkala mengenangkan kembali liku-liku yang diharungi. susah nak gambarkan dengan mata kasar tetapi mata hati yang menilai dan menangisi perpisahan ini hanya DIA sahaja yang tahu betapa perit dan pedihnya perpisahan ini. ukhuwah itu mmg indah. sehingga sukar dikonotasikan dengan makna yang tersimpan di kamus dewan. namun, interpretasi di sebalik perkataan ukhuwah itu hanya sanubari hati masing2 sahaja yang mampu tafsirkan betapa indahnya ukhuwah itu. walau ianya tidaklah begitu rasmi akan tetapi apabila hadir perasaan rindu, sunyi, sayup acap kali memikirkan perkara yang sering dilalui di asrama, bermakna hati itu sudah wujud rasa cinta akan sesuatu perkara yang sukar dipisahkan. ya mmg benar uhuwah itu indah :) 


saat 5 tahun bergelar pelajar sambestari, bagaikan angin yang bertiup kencang lalu begitu sahaja. sangat pantas. rasa diri ini baru sahaja duduk di tingkatan satu. tup2 ha ? dah abes SPM lah. ya Allah ! tekad diri ini ingin berkawan dengan semua orang dan jenis manusia di planet bestari ini tercapai demi mencapai hasrat mencari sahabat sejati umpma Rasulullah dan Abu Bakar. So Sweet ! namun dalam mencari sahabat yang benar2 memahami hati ini cukup sukar. namun Allah temukan berkat doa yang tidak pernah putus. yer lahh siapa sangka diri yang lahir dalam keluarga yang berlatar belakang lebih ke barat dicampakkan ke bumi ala2 arab ini. Serban ? Jubah ? Sugi ? Majlis Ilmu ? hmmmm. alhamdulillah Allah takdirkan aku di sini. sahabat yang ditemui ini tidaklah begitu sempurna, namun sedikit sebanyak mampu menggembirakan hati yang luka ini dengan sedikit ubat bius yang kesannya mungkin sekejap, tapi bolehah tahan sakit tuh sekejap. Dalam menggapai misi menemui sahabat sejati lah kononya, banyak gelagat dan ragam aku temui dan aku harungi. ayuh kita mula satu persatu.


ha ! nih geng baju kuning namanya. Alhamdulillah. tahun ini diri ini ditakdirkan menjadi salah seorang ahli MAJLIS TERTINGGI sekolah. x pernah aku mimpi nak pegang jawatan sebagai SETIAUSAHA BADAN KEPIMPINAN PELAJAR. tapi tanggungjawab masih perlu dilaksanakan dengan baik. walaupun banyak jugak yang bersubahat, ahaha. maaflah MT and KP. diri ini insan yang lemah. perjuangan 2 tahun sebagai kepimpinan di bumi bestari ini banyak mengajarku betapa sukarya menjadi pemimipin yang adil. bukan senang nak tadbir sekolah, apatah lagi negara. tapi respect ngan antum semua, sebabnya x pernah jemu laksanakan tugas dengan baik. tomahan, cacian serta fitnah yang dilontarkan. mampu diharungi dengan tabah walau ia pahit dan perit demi mencari jalan yang mampu menggembirakan hati rakan2 serta rakyat di aspura walau masih ramai yang tidak menyenangi.


okayy. ini pasukan teater sekolah, insan-insan inilah yang banyak membantu dalam pelajaran. sukar nak lihat mereka stress walau dilanda pelbagai musibah. maklumlah top 10, due orang dalam nihh. zairuul 6 dalam form, ZAHIR ? x yah cakap lahh. No 2 dalam form. aku ? 7 dari belakang dalam form. apa2 pun thanx sebab hadir gembirakan hati ini yang penuh dengan masalah. thanx weyhhh. sayang korang ! 


ini geng ape pulak ? bukan geng pon. ini namanya ukhuwah. walau mereka ini nampak gila2 di sekolah dan di asrama. tapi bila bab beribadah insan2  inilah yang sangat hebat. bukan nak kata yang lain x hebat, tapi mereka ni berbeza sikit, thumbs up untuk abang MINUL, BOXER. respect ngan korang. ha ! x lupe jugak BAGOK. kauu mmg comel la bro :) *akubukangay



 Sahabat tika kita gembira itu, tidak bermakna dia akan bersama kita tika kita duka, mungkin yang ada tika duka itu, merekalah sahabat yang. moga ukhuwah ini kekal sampai bila2 . insan-insan inilah yang banyak dengar segala konflik yang aku harungi. dari A sampai Z. alep. boxer. aiman. terima kasih banyak dengar masalah aku. walau aku tau taon nih, aku jadi MT duduk pon dorm kat bawah, lpak pon x selalu. tapi doa yang selalu mengiringi x pernah putus, walau diri masing2 x rasa apa yang aku rasa, tapi doa yang selalu dipohon untuk menemui sahabat yang sejati akhirnya temui jua. walau x sempurna mana. tapi hati budi Allah sahaja yang mampu balas. andai Rasulullah punya Abu Bakar, tidak salah sekiranya kita hamba yang lemah ini ingin menuruti mereka. thanx. moga ukhuwah ini kekal sampai bila2 ! *rasagelipulak* Allahuakbar :) 


segala liku yang diharungi ini mampu menjadikan diri ini menjadi insan yang lebih baik. siapa sangka 5 tahun mencari identiti diri, Ketua Naqib F2, SU Pengawas, Peserta Terbaik NKI bersama Fayah, Tokoh Ko - Akademik Agama. yang paling maniss. JOHAN KEBANGSAAN SYARAHAN AGAMA (SPONTAN) MTQSS 2013. Ya Allah. macam mimpi. segalanya sudah diharungi :)



Ya Allah tetapkan hati kami generasi ke 12 SAMBESTARI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN, sentiasa bersamaMu walau di mana kami berada. Sungguh kami insan yang lemah yang baru sahaja ingin memulakan perjuangan yang lebih hebat di luar sana. Ya Allah ! Dah jadi alumni. 

RINDUUUUUUU


 zaid azhar, "mim pinjam baju melayu". "mim kakak kau sehat? " hoiii tiba2 ade org tido sebelah aku, bgn2, tgk jed rupenyer :(


suara Syafiq, Amil, fareez Syazwan, hariss jerit kat asrama ha ! chong jugak "selamat pagi" :((((((


suara mujtaheed jadi imam, suara farouq azan, lutfi kat saf depan, suara yasir imam hari jumaat baca surah assajadah . Ya Allah manisnya bumi Bestari !



*maaf atas segala salah silap*  :)










Friday, July 26, 2013

Jatuh . Bangkit . Terussss ... Terbang.












Degupan jantung berdenyut laju, tatkala Ketua Hakim Majlis Tadarus Al-Quran kali ke 39, 2013 dijemput oleh Pengerusi majlis untuk mengumumkan siapakah juara bagi acara dipertandingkan.... Nak dipendekkan story, jantung nak tercabut waktu tuhh bila Ketua Hakim cakap macam nihh " seterusnya bagi acara Syarahan Agama Sekolah Menengah kategori Lelaki...... Tempat ketiga dengan peratusan 91% dari Negeri Kedah.... "Huh ! Perasaan gemuruh mula menyelubungi diri, dalam hati kata camnih " ya Allah ada harapan ke menng nihh " kemudian Tempat kedua dengan Markah 92% Negeri kelantan.... Argggghh. Ya Allah waktu tuh terus tertunduk, kalau boleh x nak dengar seterusnya. Dan Juara Syarahan Agama kategori Sekolah Menengah kategori lelaki Majlis Tadarus Al - Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 39...... Dengan peratusan 94 % Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata Dari Negeri Selangor. Dengan terus tertunduk waktu tuhh. Dalam hati Allah jer yang tahu, apa yang rasa... Alhamdulillah ya Allah tahun ini rezeki aku ya Allah. Tak mampu nak ungkap apa2 waktu tuhh. Rasa gembira sukar nak digambarkan. Macam dapat 11A+ SPM Pulakk... Alhamdulillah !







Ha ! Cerita tentang SPM, nak kaitkan dengan selingan kenangan manis Kat atas tuh.... Tup2 lepas jer menang dengan jayanya, terus cuti Dan lepas sahaja buka sekolah terus dapat result exam. Hati rasa berdebar, dengan usaha yang sikit, tapi nak buahkan hasil yang mantap. Memang angan2 Mat Jenin je lahh kan? Dengan ini result saya mencatat rekod yang sangat buruk dengan kedudukan dalam tingkatan 209 / 215. Sangatlah merisaukan diri Dan hati yang diselubungi dengan perasaan gembira kian Kabur dek keputusan yang diterima jauh sekali nak dibandingkan dengan sahabat handai di bumi Bestari. Diri ini tahu apa yang lemah, diri ini tahu apa yang tertinggal, diri ini tahu apa yang kurang sehingga mencatat keputusan sebegitu teruk sekali, namun seketika diri ini menjadi tidak keruan, tak tahu mengapa, rasa kemurungan yang menghinggap diri datang tiba2. Ouhh. Mungkin Allah nak suruh usaha lebih lagi, Allah nak suruh selalu berdamping denganNya agar tidak terus hanyut dengan apa yang kita nikmati... Tiba2 teringat kata2 akak senior  juga pernah mewakili Negeri Selangor Syarahan Agama waktu 2011. Rasa tenang bila dengar bingkisan ini ...

Menyingkap erti kehidupan

Menyelami erti sebuah kehidupan, Kerana hari ini ini manusia masih tidak mengerti tujuan sebenar hidup kenapa dan mengapa ? Diri yang menulis ini bukanlah terlalu bijak untuk memberi makna yang mendalam, cuma ingin sama2 kita mulakan titik permulaan yang baru di bulan yang penuh barakah ini mengapa kita perlu hidup. Tinta seorang belia, yang bakal menduduki SPM tahun ini, ingin berkongsi sedikit maklumat yg sedia ada dan terdengar daripada beberapa para ilmuan yang lebih hebat.