Friday, March 7, 2014

Cuti



3 bulan menyusul pergi bagaikan mimpi yang baru sahaja aku sedari. rasa baru sahaja azam itu dan ini awal bulan yang sudahpun pergi. kononnya ingin menjadi manusia yang punya cita. Namun ia hanya angan semata.

Muhasabah menjadi saksi dan bukti betapa peritnya diri ini mengharungi segala liku yang perlu dilalui demi mencari redha ilahi agar segala kelemahan diri bisa diperbaiki menjadi muslim sejati.

Hampir 18 tahun hidup di dunia ini, namun diri masih mencari, apa yang harus aku temui, apa yang harus aku kuasai demi berbakti utk agama dan negara yang ku cintai.

Alunan zikir Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah kedengaran acap kali usai solat. namun persoalannya di sini sampai manakah alunan itu mengalir ? adakah sampai di hati ? layakkah alunan itu diterima Ilahi ? atau hanya sedap didengar dan dipuja yang keuar dari bibir manusia ? Itu yang harus aku perbaiki. 


bekerja sambilan, katanya ingin mencari pengalaman ? Ingin merasai susahnya mencari wang demi menyara insan yang dikasihi. namun apakan daya, katanya itu hanya pemanis bicara buat ibu bapa benarkan bekerja. Alhamdulillah, jika alasan yang pertama itu menjadi tujuannya.

Namun, parah akibatnya andai ambilan itu hanya untuk kemewahan dunia semata. Sanggup bekerja bersusah payah, namun solatnya juga susah. Katanya, penatlah, buzylah, susahlah, lah lah lah lah. Siapa sangka Penghulu Harinya (Jumaat) sudah tiada makna buatnya. Mungkin ku hanya pandai berkata, kerana ku hanya Penganggur sahaja.



Khidmat Negara menjadi punca perbalahan rakyat sengketa. Pelbagai alasan yang diterima kerana ingin menolaknya. Aku hanya mampu tersenyum manja, kerana nasibku tidak sama seperti mereka.

Apa yang peliknya, bahagia pula yang mereka rasa tatkala tiba disana. Aku hanya mampu menggeleng kepala. Ya. aku tidak merasa. Ada yang gembira ada yang berduka. Namun dugaan itu harus mereka terima. Moga kau peroleh sesuatu wahai teman.

haaaa. yang ini mungkin panjang berjela tidak terkira kerana ini apa yang aku rasa.



Aku melihat dirinya terseksa, resah gelisah menjadi derita buat dirinya. Aku hanya mampu diam membisu seperti batu yang tidak punya hala tuju. Ingin sekali aku menyelami apa yag sedang dia tempuhi agar dapatku rasai derita yang sedang dia lalui. Kata Doktor, dia punya anxiety yang mungkin mengambil masa yang agak lama untuk diubati.

Aku hanya mampu bermunajat memohon pertolongan dariMu agar ku gagah tempuhi segala liku yang hampir 2 tahun lebih aku rasai dan menjadi sumber kekuatan diri. Air mata mampu mengalir tatakala bersujud memohon Ilahi agar diri ini tabah menempuhi segala liku yang harus aku harungi. Hidup perlu diteruskan.

khusus buat sahabat2 yang sebaya. Tak kisahlah apa yang kita sedang lalui kini. Tidak banyak sedikit pon jadi. Letakkan dalam diri dan hati, apa yang akan kita jadi untuk Dunia, Agama, Negara, Keluarga, Diri suatu hari nanti.

Jangan hanya ilmu pernah di dada, Al-Quran tersemat di jiwa, Namun tidak pernah menyelami isi hati setiap diri yang memerlukan pertolongan demi menjadi Muslim Sejati. Perbaiki diri agar kita mampu mengasihi dan dikasihi oleh setiap individu di muka bumi ini. Ayuh perbaiki diri.

SYAMIM MUHAIMIN BIN ABDULL SHATA .


SIAPA KITA SUATU HARI NANTI ?