Wednesday, October 14, 2015

Itulah Manusia.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Jadi harini nak share lagi dengan korang yang sudi sangat buka blog aku dan baca apa yang cuba nak kongsi bersama. memandangkan aku pun sekarang masih lagi dalam musim cuti, so I just want to take this opportunity to share benda yang aku dah lama simpan dan dah lama fkirkan. Cuma yelah, Allah tak izinkan aku untuk share lagi, so harini berkesempatan untuk share dengan korang apa yang dah lama aku rasa nak share.

So, harini aku just nak sembang2 dengan korang tentang satu movie yang aku rasa semua orang tahu kot. ala cerita Divergent tu and I know semua orang pun adore dengan actor and actress dia kan ? hmmm. okay macam mana ya nak cerita, emm mecemnilah, bukan apa, korang tahu kan yang watak2 dalam cerita tu dibahagikan dengan ikut faction kan. ha tengok bawah ni :



okay lah, mecemni, just make it simple. Kepada yang dah tengok cerita ni, Divergent and Insurgent aku tahu korang faham and tahu kot apa yang dia nak sampaikan and relate it with our live today. secara mudah cerita tu, kalau aku tak silap faham lah kan yang manusia ni dalam cerita tu lah dibahagikan ikot masing2 punya kemampuan bila tiba masa dyorang perlu tentukan kehidupan mereka. Kalau dia dilahirkan dalam keluarga contohnya Erudite, and when the time comes utk mereka tentukan haluan masing2, dia akan pilih ikut apa yang sepatutnya mereka pilih. cara untuk pilih tu , ada ceremony yang perlu dyorang buat ala2 macam cerita harry potter tu waktu nak pilih bilik tu kan. haa kalau tak faham, pandai2 lah faham sendiri.

kalau ikut cerita ni, watak paling jahat dalam cerita ni is puak2 Erudite lah, bukan apa dia ni takdelah jahat cuma misi dia nak cari so called "divergent" ni and nak hapuskan puak ni. and if you guys want to know, puak ni ada semua ciri faction tu and ikot pemahaman akulah, dyorang ni puak Divergent ni bahaya. That's why dia nak bunuh Divergent, and puak Divergent nilah yang act as watak utama dalam cerita ni. okay before that, biar aku brief sikit2 satu2 faction kat atas tu bagi siapa yang tak pernah tengok cerita ni faham lah jugak.

first is Dauntless (The Brave), kalau ikot bahasa melayu yang berani lah kan. Lebih kurang puak ni, puak2 yang paling kuat and kasar, more to suka buat aktiviti lasak lah kan, okay faham kan. Next is Amity (The Peaceful). Puak ni sangatlah sopan dan santun, suka bercucuk tanam dan yang paling penting sukakan keamanan. That's why they call the peaceful. Next is Abnegation (The Selfless), kalau nak tahu puak ni kira puak yang paling susah hidupnya tapi puak ni even dia susah dia akan cuba sedaya upaya untuk bantu senang cerita mereka ni tak pentingkan diri sendiri. seterusnya ialah Erudite (The Intelligent), okay puak ni pulak kira puak yang sangatlah pandai dan dialah yang ketuai untuk semua puak ni, kalau boleh semua benda nak kene ikot cakap dia, no bantahan. Then last but not least is Candor (The Honest), ala2 lawyer gitu dalam cerita ni, okay senang cerita mereka ni puak2 yang jujur dan tak pernah menipu. Untuk Divergent lebih kurang pengenalan kepada semua puak tulah, takkan laah aku nak cerita semua benda kan kat sini, kalau nak tahu beli lah cerita dia and tengok.

okay next is Insurgent, sambungan cerita Divergent ni lah, macam biasalah mission still sama nak tangkap Divergent ni, sbb kalini Erudite punya puak nak cari orang buat experiment utk buka satu box ni. bagi buka box tu, orang yang buat experiment tu kene lalui semua task yang diorang sediakan and the only person yang boleh lepas semua task tu is divergent lah, sbb ye lah divegrent je yang boleh lepas semua task tu. make it short lah kan, macam biasa mestilah dapat buka kan box tu. and lastly apa yang dalam box tu keluar dia cakap lah yang sebenarnya mereka semua ni ialah bahan experiment and Divergent ni lah penyelamat. sebab dia kata diorang saja nak uji nak unite balik orang2 yang dalam tempat diorang and the message is setiap manusia kena ada semua ciri macam Divergent tu and that's how the film goes.

okay I want to conclude now, aku rasa korang faham kot apa yang aku gigih tulis kat atas tu. Hope so lahkan. cuma apa yang aku nak korang faham yang movie sangatlah related dengan kehidupan seharian kita. Kau tahu kan yang orang bijak pandai the so called pemimpin boleh kata selalu sangat salah guna kepandaian untuk menjatuhkan masyarakat. okaylah taknak kutuk pemimipin sebab anda sendiri tahu apa yang berlaku kan.

okay senang mecemni, dalam hidup ini sebagai manusia faction yg Divergent kenalkan tu serius beri kesan yang sangat besar aku rasa kepada keadaan manusia sekarang. sebagai seorang manusia, kita perlu ada semua nilai2 kemanusiaan yang macam dalam cerita tu lah, perlu ada kepandaian, keberanian, keharmonian, tidak mementingkan diri sendiri, perlu ada kejujuran barulah kehidupan kita ini sempurna. sedangkan apa yang diterapkan dan ditunjukkan dalam cerita ni, memang benar2 diterapkan dalam agama Islam kita sendiri. Walaupun bukan semua nilai yang dia tunjuk seperti apa Islam tu sepatutnya ada tapi yelah kita kan manusia mana ada manusia yang sempurna . cuma apa yang aku rasa penting is kita sendiri kene penuhi semua sifat itu at least kita mampu menjadi manusia yang terbaik untuk manusia yang lain and aku tahu yang manusia ini especially yang muslim jika sifat2 itu disulami dengan nilai2 Islam yang sebenar InSyaAllah kita mampu menjadi yang terbaik di atas muka bumi.

aku harap korang dapat apa yang aku cuba sanpaikan kepada kalian. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Saya mengharapkan komen anda di bawah ini. sama - sama kita kongsi ya. Terima kasih.

Tuesday, October 13, 2015

Realiti :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

emm, macam mana nak mula ya, haaa mecemni lah, kita anggap je lah siapa yang tengah baca entry aku ni, tengah sembang-sembang je dengan aku. So takyah lah panjang-panjang intro, cukup aku cakap sebenarnya aku nak share something yang aku minat dan benda yang aku minat untuk share dengan korang is program TV yang aku suka tengok. program yang aku suka tu is program realiti, ala yang macam American Idol, ANTM, Akademi Fantasia dll. 

okay jom la serius sikit, taknak tipu la memang aku suka tengok Akademi Fantasia, American Idol, ANTM. serius kalau setiap kali balik rumah mesti aku akan tengok semua ni. dan aku tahu, orang2 agamawan akan cakap ape ni, tengok program lagha ni, duk terkinja-kinja atas pentas tu, duk bukak sana bukak sini, apa faedahnya ? hahaha. okay sorrylah kalo terasa ya. 

tapi, aku rasa everyone has their own interest kan, aku bagi contoh mudah je lah, ramai kan orang minat sangat tengok korea, and kalau dah suka tak boleh apa dah kan ? dan aku tak pernah salahkan orang tu pun nak minat, tu hak dia lah kan. maybe he/she has their own reason kenapa dia tengok program, aku tak tengok so aku tak tau lah apa yang dyorang tengok. mungkin banyak nilai2 murni yang ada dalam tu kan. haa lagi satu, macam orang suka bola, dia akan sedaya upaya utk bangun dua tiga pagi untk tengok bola, dan akan bergaduh macam nak mula perang lah kalau team kesayangan kalah. so what ? sukahati lah dia nak tengok dah dia minat.

sama lah jugak macam aku ni, mmg semua series aku tengok, maklumlah atstro sekarang kan boleh record. aku record jelah then tengoklah marathon setiap kali balik U. Aku tak tahulah knp aku suka sangat, tapi sebenarnya ada nilai2 tertentu yang aku nampak dalam setiap program tu. aku taktahulah mmg lah ramai cakap, apa bendalah tgk akademi fantasia tu, tak ada faedah pun. okaylah itu hak orang nak suka atau tak, aku bagi istilah mudah jelah, Don't judge a book by it's cover kan. haaa cliche sangat kan, haa sama lah jangan lah tuduh melulu kalo tak baca dalam sampai habis kan.

okay lah, I think korang dah dapat kot apa yang aku nak share sebenarnya. mehlaa aku cerita satu-satu supaya korang lagi jelas, okay senyum sikit.

okay aku start yang pertama ni dulu.



okay kita start dengan program ni. I think everyone knows kan bout this program. ada lelaki mat saleh, perempuan mat saleh and adalah orang negro sikit, bagi elak racist dalam program tu. Okay lah takpayah lah nak cerita panjang2 pasal orang tak suka ni, mmg beribu alasanlah orang bagi. tak terlawan nanti aku nak balas hujah nanti. 

cerita dia start mecemni, kalau korang nak tahu macam mana program ni berjalan kan, before dyorang ni di short-listed jadi top 12 yang paling terbaik kan, dyorang punya audition punyalah payah weyh. kau tahu kan benua dyorang tu besar macam mana kan ? lepastu nak pilih 12 orang kan ? mmg 12 yang terpilih tu mmg yang paling terbaik.

time audition, dyorang kene nynayi apa2 lagu yang dyrorang suka lah dan akan dinilai oleh 3 orang judges sangatlah awseome iaitu jelo, keith dgn siapa tah lagi tak ingat pulak lagi seorang tu. and after the audtion yang berjuta - juta manusia yang datang tu, dyorang akan di senarai pendek jadi 200 orang peserta sahaja and after that, dyorang akan ditapis lagi jadi 25. lepastu dyorang akan buat performance live and america will decide siapa yang dyorang nak utk 12 yang the best. 6 lelaki 6 perempuan.

kau nak tahu apa yang aku belajar dengan program ni, the confidence, inspiration semua tu lah. ye lah macam kau nak tahu, every week dyorang akan buat task ikot tema yang dipilih and nyayi lah for sure. orang luar punya program ni, mmg susah nak decide siapa pemenangnya sbb 12 yang dah terpilih tu pun dah memang terbaik dah. so tinggal orang dyorang je lah nak pilih siapa menang. 

week by week dyorang perform sampai satu week bila dah tinggal 4 yang terbaik, selalunya production akan bawak dyorang balik rumah and jumpa family friends and realtives. kau tahu bila dyorang balik tu, gila ah ramai gila orang tunggu dyorang ni balik. and that moment kalau korang faham perasaan aku lah kan, ye lah aku follow start from audition lagi, daripada tak jadi apa-apa now become superstar. mak bapak mana tak bangga kalau anak dia berjaya kan ? tengok dia improve week by week kan ? gila kau tak bangga. that moment lah sangatlah aku rasa terinpirasi dan terharu sbb yelah daripada orang biasa sampailah dyorang diterima dunia. haa nampak tak perubahan tu.

ha, so sebenarnya apa yang aku nak bagitau aku belaja banyak benda dalam program ni, paling utama is usaha la kan, sbb depa ni improve week by week serius very related dengan apa bidang sekalipun. mesti kene ada usaha and serius really gives me inspiration in order to inspire people out there. daripada apa-apa menjadi apa-apa untuk dunia. That's how I interpret this program in my life.



okay2, program ni pulak. okay korang yang tengok aku nak post tentang program ni msti tegelak-gelak kan. apa bendalah mamat ni nak merepek from this competition kan. okaylah, straigt to the point, nak banding dengan program yang atas tu, program ni sangatlah competitive contestants dia,. nak tahu kenapa, semangat dyorang nak menang sangatlah kuat. and dyorang ni sangatlah celupar mulutnya kalau bergaduh. dyorang akan cakap sahaja dyorang tak suka orang tu kalau tak suka, takde kutuk2 belakang ni. and week by week dyorang akan buat photoshoot, and the best photo akan dapat hadiah.

macam biasa lah every reality show akan ada yang akan eliminated kan ? haa meh sini nak cerita apa yang aku belaja, macam aku cakap tadi lah dyorang ni banyak drama dalam program tu, especially in making friends and selalunya gaduh sbb tak jujur semua tu la. tapi selalunya peserta yang layan drama I mean gaduh-gaduh and tak fokus selalunya akan tersingkir even he/she is a good model. lagi2 musim baru sekarang ada lelaki sekali yang bertanding lagilah kuat dyorang bersaing. and tak nafi lah ANTM ni dah cycle 22 tahun ni, setiap juara dyorang mmg sangatlah peserta yang sangat konsisten dan sentiasa fokus dalam pertandingan. haa barulah boleh jadi supermodel.

macam tu lah jugak hidup, konsiten, competitive dengan cara yang baik sangatlah penting dalam setiap bidang sekalipun. fokus dan tidak terlalu percaya kepada manusia sekeliling akan buat kita lebih sukses dan yang penting kita kena tahu akan ada manusia akan cuba jatuhkan kita dan nak tengok kita tidak berjaya. same like this competition lah, bila dia tengok sorang model tu power, dia akan sedaya upaya untuk jatuhkan mereka. 



okaylah last show, aku mmg tak boleh nafi mmg aku suka tengok program ni. aku ingat lagi season 1 dulu, time tu aku darjah satu, and kalau nak tahu program ni dah 12 musim and antara reality show yang bertahan kat malaysia ni, tak boleh nafi lah 12 season kan ? of course ada ups and down kan. tapi through ups and down tu jugak ramai je artis2 yang berkualiti lahir. nak aku sebut dari season 1 siapa yang menang ? Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz, Syahir, Hazama, Faizul, Firman and the latest one is Sufi. haa nampak kan aku mmg minat gila.

bukan apa, aku cuma suka proses pembelajaran dyorang. gila kau, dulu aku ada cita-cita jugak nak masuk AF, cuma aku tak pandai nyanyi je, kalau tak dah lama dah try. hahaha. ye lah siapa taknak kalau kau belaja relaks, dapat handphone, dapat baju, dapat tempat belajar selesa dapat makan sedap kan. semua orang nak. plus sekarang punya musim, cikgu2 dia bagus jugak, proses belaja pun ada improvement. siap ada graph every week prestasi macam kat universiti tu. macam tulah jugak kita nak kena ada graph baru boleh tahu naik turun. dan lagi satu, nilai kekeluargaan yang dyorang bina dalam akademi tu sangatlah hebat. kalah adik beradik sendiri. Their trainers tu dah macam makcik pakcik ayah mak kakak abang dyorang maksudnya program tu banyak ajar nilai kekeluargaan yang sebenarnya sangat penting untuk support kita. That's how the program goes.

and now utk simpulkan apa yang aku nak bagitau sebenarnya is, yes in life we need the spirit of family like akademi fantasia tu untuk support kita jatuh naik and perkara tu sangatlah penting dalam kehidupan. yes family first sbb family yang kenal kita siapa. Dan dalam mengecapi kejayaan perlu ada fokus dan sifat kompetitif yang tinggi supaya kita sentiasa berjaya dan berusaha untuk berjaya. konsisten dan tidak mudah jatuh walau banyak rintangan yang datang dalam kehidupan semua aku nampak dalam ANTM. lastly, ya kita perlu ada usaha untuk menjadi inspirasi kepada yang lain agar orang boleh contohi apa yang kita buat.  From nobody to superstar that's why I love to watch American Idol, The only program that can make me inspire. 

okaylah last, kita ni mmg suka salahkan dan bersikap prejudice dalam setiap perkara, kita tak boleh tuduh melulu selagi kita tak tahu apa yang kita belum tahu. macam bukulah, tak boleh tuduh dia tak bagus selagi kita tak baca. jangan duk maki hamun program itu tak bagus ini tak bagus kalau kita tak tahu apa yang mereka terapkan. apa guna kita pergi ceramah itu ini, kalau sifat kemanusiaan tak mampu kita didik dalam kehidupan. kalau pergi ceramah dan after kita dengar ceramah kita asyik salahkan manusia, berjayakah ceramah tu untuk didik hati kita menjadi manusia berguna ? 

mecemnilah, aku tak kata yang dengar ceramah tu tak bagus and aku tak kata jugak yang tengok program ni bagus, cuma apa yang aku kata sejauh mana kita terima suatu program tu dan kita boleh ambil dia secara positive. and tak boleh deny yang kita ada agama utk guide kita and selagi mana kita boleh terima program tu sebaik mungkin, selagi tu kita ambil sahaja yang baik jangan ambil yang jahat.

cara kita terima itu lebih penting, berbanding kita terima perkara yang sememangnya diterima and lastly kita pulak yang tak diterima.

itulah program realti, realti hidup ini.

stay positive, 

Thank you for reading .





Tuesday, July 7, 2015

Takkan Aku Sangka




Saat - saat akhir, aku menhitung hari demi hari. Bukan aku yang mahu pergi, tetapi Ramadhan yang bakal berakhir buat kali ini. 20 hari yang lalu, aku bangun, aku sahur, aku solat, aku berbuka dan solat terawaih. ya ! sama seperti orang biasa yang berpuasa.

Soal diterima atau tidak diterima itu aku biarkan sahaja, asal aku sudah tunaikan kewajipan aku seperti manusia yang lain. maksud aku muslim yang lain. Aku rasa itu sudah memadai. Tapi aku tak tahu kenapa, jika sebelum - sebelum ini habis sahaja puasa, aku seperti biasa sahaja, yalah, orang puasa aku puasa, orang berbuka aku berbuka, orang sahur aku sahur, orang terawih aku pun ikut sama.

Kemudian kembali macam biasa lah, macam tiada apa - apa yang pernah berlaku. Hairan juga aku dengan apa yang aku lakukan.

Pen diletakkan di atas meja, tangan mengambil tisu mengesat peluh yang menitis dari kepala, badan menyandar pada kerusi kemudian kepala diletakkan di atas meja sehingga terlelap mata.

"Iskandar, ohhh Iskandar dah pukul 7.15 dah ni, mana kamu ni ? taknak berbuka ke ?" . Jerit Ibu Iskandar memanggil anaknya yang tidak keluar dari bilik.

"mana Iskandar ni, aku panggil tak menyaut pun, tidur ke apa budak ni, dah nak berbuka ni, macam - macam lah Is ni." leter ibunya sambil berjalan menuju bilik Iskandar.

Tok, tok tok.

Tombol pintu dipulas, Ibu Iskandar menuju ke katil anaknya itu. Badannya digoncang - goncang supaya dia sedar dari lena.

"Is bangun Is, dah nak berbuka dah ni, kamu ni tidur pula, 10 minit lagi kita nak berbuka ni, adik, abang kakak kamu semua tengah tunggu kamu tu, ayah kamu tu pun dah bising." leter ibunya lagi.

Mimpi indah Iskandar, tatkala dia ingin menggapai bintang di langit, tiba - tiba ada angin kencang yang datang meniup badannya jatuh ke bumi. 

gedebuk !

Aduhhhhhhhhh, Iskandar sedar dari lenanya, dia sangka dia sudah dapat menggapai bintang, rupanya taik bintang pun tak dapat. Dia terpinga - pinga, kerana tiba-tiba berasa benar - benar jatuh dari langit, matanya menoleh ke kiri dan ke kanan, dia mula sedar dia baru sedar dari lena, Inilah akibatnya kalau tidur selepas asar, macam - macam mimpi diterimanya.

Allahuakbar, Allahuakbar !

"Alamak, dah azan maghrib lah" kata Iskandar dalam hati.

Dia terus bergegas ke tandas dan membasuh muka, kemudian terus menuju ke dapur. Dia melihat ahli keluarganya yang lain semua sedang menunggunya turun.

"Haaaa itu pun abang Is, ingatkan dah taknak berbuka tadi. " kata adiknya.

Kesemua ahli keluarganya memandang sahaja gelagat Iskandar, mereka hanya mampu senyum sahaja. 

Kurma dicapai seorang satu, doa dibaca dengan penuh penghayatan dan mereka terus makan bersama.

"Is, malam ni kita terawih sama - sama boleh tak ?" abang malas nak pergi masjid la harini, rasa nak terawih dengan Is saja malam ni". Kata Arif abangnya.

"Aah, kakak pun rasa nak terawih sama - sama malam ni, yalah dah nak habis puasa kan ni, lagipun dah lama kita tak berkumpul sama - sama mecemni. " sambung Zahra kakaknya.

Iskandar tersedak mendengar kata - kata abang dan kakaknya itu, sebab setahu Is mereka ni memang malas pergi terawih, maklumlah katanya penat sangat bekerja,

"boleh tak Is ?" Tanya abangnya.

"Emmmmm. boleh boleh !" jawab Iskandar sambil tersenyum.


________________________________________


Helaian buku diselak, satu demi satu muka surat Iskandar menghayati isi dan makna tentang bagaimana ingin berjaya di masa hadapan.

Tok, tok, tok !

Pintu dipulas oleh Abangnya perlahan - lahan.

"Is, nak ikut abang pergi beli baju raya tak, adik dengan kakak dah ada kat bawah tu, jomlah ikut sekali"

"Ke kamu banyak kerja ? kalau banyak kerja takpa lah, abang pergi dengan diorang aje lah."

kata abangnya.

"Emmm, takpelah Is banyak kerja lah nak buat, abang pergi je lah dengan diorang dulu."

Hati- hati ya bang.

Arif menutup pintu bilik adiknya itu, dia terus turun tangga dan menuju ke ruang tamu.

"Aiii Ibu, cantik - cantik ni nak pergi mana ?"

"Ha, abah pun sama jugak, nak pergi mana ?" Nak kata pergi kenduri kahwin, sekarang ni bulan puasa, mana ada orang makan siang - siang ni.

"Ibu nak ikut kamu lah pergi beli baju raya, kan kamu nak pergi beli baju raya, haaa adik kamu si Is tu taknak ikut kita sekali ke ?" tanya ibunya.

"Dia taknak ikut lah bu, dia kata dia ada banyak kerja" - Jawab Arif .

" Haaa kalau mecemtu takpalah, jomlah kita pergi, nanti kalau ada baju yang berkenan, beli je lah untuk adik kamu tu dulu, lagipun badan kamu dengan adik kamu Is tu lebih kurang je". Kata abahnya kepada Arif.


    
________________________________________


Yaaaaasssiiiiiinnnnnnnnnn........

setitis demi setitis air mata jatuh kebumi, perasaan hiba yang menyelubungi diri tak siapa tahu kecuali Allah yang satu. Dua hari lagi syawal akan menjelma, sepatutnya semua beraya bersama keluarga tercinta, tapi takdir Allah itu lebih nyata, dan Dia yang punya kuasa atas segala - galanya. Nyawa ini bukan milik kita, jika Dia kata itu ajalnya dia sudah tiba, mungkin kita takkan tahu waktu bila nyawa kita akan ditarik buat selamanya. Sama ada ditarik serentak bersama keluarga, atau seorang demi seorang meninggalkan kita, hanya Allah sahaja yang tahu hakikatnya.

"Is, buat bersabar ya." 

"mungkin ini ujian Allah buat hambanya untuk terus kuat mengahadapi bulan - bulan yang akan datang." Kata rakannya Johan.

Air mata diseka dari matanya, dia cuba pujuk hatinya supaya terima akan keadaan ini, tentang apa yang berlaku. tapi air matanya degil tidak mahu berhenti tiap kali dipujuk. lagi dipujuk lagi menitis air matanya.

Tak siapa mampu tahan sedih, andai kesemua keluarga tercinta pergi buat selamanya. Hati Iskandar acap kali berbisik dan menyalahkan dirinya, dia sering berkata andai dia pergi turut serta membeli baju raya bersama ahli keluarganya, mungkin dia akan pergi juga bersama ahli keluarganya. 

Dia tidak pernah sangka yang permintaan untuk mereka solat terawih bersama itu merupakan solat terakhir mereka bersama di atas muka bumi ini. Dia tidak pernah sangka juga yang ketika mereka berbuka sambil bergembira itu merupakan detik terakhir dia bersama keluarga tercintanya.

Sungguh Iskandar tidak pernah sangka.

Dia tidak pernah sangka, hanya kerana mengelak dari melanggar kucing di jalan dan bertembung dengan lori kayu balak ketika perjalanan pulang ke rumah, boleh meragut 5 ahli keluarganya tercinta. Iskandar tahu berat untuk dia terima semua ini, mungkin dia akan senyap dan murung untuk beberapa hari.

Air mata menitis diatas buku catatanya, dia menyambung setiap bait - bait kata yang dia tulis 27 hari yang lalu tentang makna ramadhan buat dirinya, 

..................................................Kemudian kembali macam biasa lah, macam tiada apa - apa yang pernah berlaku. Hairan juga aku dengan apa yang aku lakukan.(ayat terakhir pada buku catatanya)


dia menyambung ayat yang pernah dia tulis sebelum ini, yang katanya dia hairan tentang sikap manusia yang tidak pernah berubah meskipun sudah sebulan berpuasa.

Persoalan dia lontarkan untuk beberapa hari sebelum ini sudah terjawab, yang makna Ramdahan kali ini, bukanlah menurut apa sahaja yang manusia buat, orang sahur kita sahur, orang berbuka kita pun turut berbuka, orang terawih kita pun turut sekali, akan tetapi kita tidak pernah rasa apa yang kita lakukan iaitu merasa diri kita ini ada Tuhan yang perlu kita sembah dan perlu kita berdamping. Bahawa Tuhan beri kita Ramdhan supaya kita terus istiqamah menjadi hamba yang sentiasa ada bersamaNya.

Bagi Iskandar, kehilangan mereka cukup untuk jawab segala kehairanannya tentang apa itu hakikat kehidupan. Allah itu Maha Berkuasa. 

Jangan sampai kita sudah diuji dengan kecelakaan baru kita mahu tahu apa itu makna Ramadhan.



________________________________________


Moga akhir - akhir Ramadhan ini kita mampu terbangkan diri kita dari kebiasaan keluar kebiasaan.

Ramadhan bukan bulan untuk kita buat kebaikan, tapi bulan untuk kita berlatih untuk terbang menjadi masnusia yang sentiasa campakkan kebaikan untuk bulan - bulan yang kita akan lalui,











Thursday, May 14, 2015

Satu Hari .




Kringgggggg ! Kringggggggg !

Bunyi jam loceng.

Mata cuba dibuka, walaupun hakikat sebenar berat untuk dibuka. Tangan mencapai jam loceng kerana telinga sudah bingit mendengar deringan itu. Selimut yang menyelubungi badan, diangkat dan diletakkan di tepi hujung katil. mata yang rabun, dicapainya pula kaca mata kemudian merenung jam loceng yang ditutupnya tadi.

"erghhhhhh !, baru pukul 6.30 pagi. sempat lagi nak solat ni." Kata Baim dalam hati.

Setelah berperang dengan mata yang berat, selimut yang tebal, sebenarnya Baim hampir memenangi peperangan itu, tapi apakan daya, kulit babi (selimut) itu juga disayanginya. Dia dengan penuh selesa, membalut badannya dengan kulit babi yang diletaknya di hujung katil.

Ya ! Baim tewas.

______________________________

"Weh ! Baim, bangun, bangun ! dah pukul 9,00 pagi dah ni, kau takde kelas ke ?"

Kejut Amin, sambil menolak badan Baim yang sasa itu.

"ha ? ha ? apa ? pukul berapa ni ?"

Tanya Baim mamai.

"Dah pukul 9.00 lah Itik!"

Jawab Amin kasar.

"Ha ? pukul 9.00 ? Aduhhhhhhhhh ! bod*h betul la, aku ada presentation ni. kenapa tak kejut awal-awal. dah la aku group pertama. mati aku."

Tuala dicapai, Baim terus bergegas ke bilik air. Dia bersiap dengan pantas kerana dia sudah kelewatan untuk pergi ke kelas. sambil dia mandi dia baru teringat yang dia belum lagi menunaikan kewajipan dia.

"Aduhhhh, belum sembahyang subuh lagi ni." jerit Baim dalam hati.

Sejadah dicapai di penjuru katil, dibentangnya di atas lantai dan menghadap qiblat. Amin memandang dengan penuh hairan.

Aiiii, semenjak dua menjak ni, rajin betul aku tengok kau solat Dhuha, siap ada qunut lagi. kau ni syiah ke apa ? tanya Amin sinis sambil ketawa.

Aduhhhh. Aku Qadha' subuh la. jawab Baim selamba.


                                                       ______________________________

Jam menunjukkan 10 pagi, Baim bergegas ke kelas dengan harapan dia tidaklah terlalu lewat ke kelas. Walaupun hakikat sebenar dia sudah lewat 30 minit.

"Aii Ibrahim, awal awak datang kelas ? ada pesta apa semalam ?" Tanya pensyarah baim.

Baim hanya tersenyum mendengar kata - kata pensyarahnya. Dia akur yang dia sudah lewat masuk ke kelas.

"Dah - dah masuk cepat, sekejap lagi giliran kumpulan kamu pulak bentang. Takda masa saya nak ceramah kamu, kamu bukan lagi budak darjah 1 lagi"bebel pensyarahnya.

kata pensyarahnya, yang sudah biasa dengan kerenah anak - anak muridnya. Lumrah pelajar Universitilah datang lewat. Kemudian beribu alasan diberi macam sudah ada 10 anak untuk ditangung oleh mereka,

"Haihhhh! selamat aku, nasib baiklah pensyarah ni baik je. Punyalah kelam kabut aku tadi, kalau tahu lah gayanya mecemni, aku lewat lagi 1 jam." kata Baim dalam hati.

"Kau kenapa lambat ni ? kau buat apa semalam ? Tanya rakan sebelahnya pantas.

Alahhhh aku main game je, lepastu ada la tengok movie sikit. pukul 3 pagi baru aku tido. alaaa biasa lah tu. "Student" kan. Jawab Baim selamba sambil mengangkat keningya.

Ibrahim teruskan pembelajarannya di dalam kelas.

"Apa ni, dia bentang ! tak faham langsung apa dia cakap." "dah lah gigil-gigil. cakap kat depan pun susah" " cakap belakang orang bukan main hebat lagi." Kata Baim kepada rakannya yang sedang membentangkan tugas yang mereka terima.

rakan - rakan yang mendengar kata - kata Baim sebentar tadi, diam sahaja. mereka sudah masak dengan perangai Baim yang berlagak tu.

______________________________

Langkah diatur cantik, menuju ke kelas berikutnya. Baim yang tadi kelam kabut kembali tenang bagai tiada apa - apa yang berlaku sebentar tadi.

"Baik semua, boleh keluarkan buku Pengajian Malaysia, hari ini saya mahu terangkan tentang sistem pemerintahan di negara kita" kata pensyarah.

Buku dibuka dan diletakkan di atas meja, Baim terus mengeluarkan telefon pintarnya itu, dan membalas mesej daripada aplikasi whatssapnya itu. Tumpuan yang septutnya diberikan kepada pensyarahnya tidak diendahkan kerana baginya pelajaran ini dia boleh mampu belajar sendiri dan terbukti dia masih mencatat keputusan yang baik meskipun dia berbuat demikian.

"Okay kelas bersurai"

Buku disimpan didalam beg, dan baim terus menuju ke biliknya.

______________________________

Seperti biasa, dia menunaikan solat Zohor di dalam biliknya dan terus melelapkan mata kerana dia sudah keletihan seharian belajar.

Kringggggggggg ! Kringggggggggg !

Bunyi jam loceng.

Tok ! Tok !

Pintu dipulas dengan perlahan, ditolaknya dengan penuh berhati - hati. Kedengaran bunyi geseran pintu yang menyakitkan telinga. Baim terus sedar dari lena.

"Baim bangunlah ! pukul 5.30 dah ni. Jom la pergi main bola."

"Kau ni kerja ternak lemak je hari - hari."

jerit rakannya, ingin ajak bermain.

"kejap kejap, bagi aku 5 minit tukar baju dengan basuh muka."

jawab Baim.

Dicapainya seluar sukan dan menukar pakaian. Tanpa membuang masa Baim terus ke padang.

______________________________

"Weh ! dah pukul 7.00 dah ni, jomlah balik." kata Baim

"Ala Baim, awal lagi lah, lepak la dulu. Last gol last gol." Rayu kawan - kawannya.

"Aku dah pancit dah ni, korang main la" kata Baim mengah.

Baim berlari pantas menuju ke bilik. Tujuan sebenar dia balik awal kerana dia belum menunaikan solat Asar lagi. Dia terus mencapai tualanya dan bergegas kebilik air. selesai mandi dia terus mengambil wudhu' bagi menunaikan solat Asar.

Jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Sejadah dibentang dan Baim menunaikan solat Asar. Selesai sahaja dia solat. Dia terus menunggu waktu maghrib.

______________________________

Buku dibuka, Baim menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Baim masih leka bermain game setelah satu jam selesai menyiapkan tugasan.

2.00 pagi, Baim melelapkan mata.

-Tamat-

Mungkin kita ditakdirkan untuk menjadi orang biasa atau mungkin tidak dikenali ramai. Namun ia tidak bermakna kita tidak dikenali Allah.

Menjadi yang biasa, tak bermakna kita juga perlu biasa - biasa dalam melaksanakan tuntutan Allah.

Allah kurnia hari - hari agar kita perbaiki diri sendiri. Jadi apa yang kita lakukan hari ini ya ? moga kita mampu perbaiki agar sentiasa dipandang Ilahi.











Tuesday, April 28, 2015

Aku Suka


-WANITA SATU-

Aku lihat dia dari jauh,
pandangan pertama;
sudah buat aku terpikat.

Mata ku memandang dia,
mata dia memandang mata ku,

Astaghfirullah !

-WANITA DUA-

Hebat kata  - katanya,
penuh dengan;
isi,
makna,
cerita yang menyentuh jiwa.

Tipu andai kata tak terpegun;
apa lagi terpesona,

-WANITA TIGA-

Aku nampak dia kasar,
tegas tutur katanya.

Aku nampak dia hebat,
terurus segala urusannya.

Ya ! aku kagum.

-WANITA EMPAT-

Kebetulan kami dalam bulatan yang sama,
aku takut memandangnya,

Jelitanya terlalu memukau,

sifatnya:

lembut,
ayu,
memikat.

Sangat menepati ciri wanita pujaan hati.

Malang dia sudah berpunya.

-WANITA LIMA-

Nampak macam pemalu,
mungkin takut untuk tegur aku,

Bila perbualan bermula,
peramah orangnya.

Katanya belum berpunya.

Yes !

-Aku-

Kerana setiap manusia itu punya ;

sayang,
kasih,
suka,
bahagia,

Cinta yang takut untuk aku luahkan rasa.
kerana aku takut Allah djadikan yang kedua.

Yang pemberi Cinta (Allah).






Tuesday, April 21, 2015

Hingga Saat Ini





-Rasa Manusia-

Aku pernah gembira
seperti apa yang kau rasa.

Aku pernah sedih
seperti apa yang kau rasa.

Aku pernah duka
mungkin tak biasa kau rasa.

Aku pernah sengsara
mungkin tak biasa kau rasa.

Semua itu hakikat manusia;
yang punya rasa berbeza.


-Sangka Manusia-

Siapa yang tahu nasib kita
kalau bukan Allah Yang Esa
yang tahu apa perasaan kita;
pahit,
manis,
takut,
suka,
gembira,
sengsara.

Manusia ?

mereka hanya mampu menghukum kita,
mereka hanya mampu menuduh kita,
mereka hanya mampu mempersoal kita,

mereka bersangka baik dengan kita ?
hanya sekelumit cuma.


-Ayah-

Duduk termenung di dalam kamar,
menanti anak pulang setiap petang,
risau sepanjang masa,
takut anak hilang buat selamanya.

-Exam-

Keputusan peperiksaan sudah diumumkan,
seperti biasa buat manusia yang tak punya otak Elbert Einstein;
nak harap keputusan macam mana mak ayah harapkan?
ouhh, lupakan.

-Ketua Keluarga-

Kau manusia punya perasaan,
siapa tak tekanan,
kalau tak rasa macam mana orang lain rasa,

bahagia,
gembira,
bahagia,
gembira,
bahagia,

sudah takdir dan suratan,
tunjang utama tersungkur
semua tak keruan.

-Nauzubillah-

Sepak,
terajang,
nangis,
luka,
sakit,
pengsan,

semua adik dah rasa,
kalau pilih untuk keluar dan tinggal;

mungkin adik pilih mati untuk teruskan perjuangan.

-Hukum - Hakam-

Aku nak rasa macam mana kawan aku rasa,
aku nak gembira mana kawan aku rasa,
aku nak hukum juga manusia,
macam mana kawan aku hukum aku.

mereka kata mereka nak ajak aku masuk syurga dengan mereka,

persoalannya, kau yakin kau masuk syurga ?


- Ustazah Pilihan-

Kau suruh dia padam;
katanya haram.

-Kahwin-

Kau hina keluarga dia,
katanya mewah gila,

mendirikan mahligai cinta,
habis duit semua,

apa faedahnya,
kalau rumah tangga tak kekal lama?

Aduh manusia,
kau ni tubuh dah tutup sempurna
tapi hati kau;

busuk,
jijik,
hina,
bongkak,

Tidak mengapa,
aku hanya doa yang terbaik buatnya.

-Turun naik-

Hari ini kau di atas;
kau pijak - pijak bunga yang kau tak suka,

Hari ini kau di bawah;
kau belagak macam apa.

-Alhamdulillah-

Aku ada;

ayah,
mak,
abang,
kakak,
adik,

semua dah berubah.

-Hanya Pada Nama-

Aku nak,

Harta.
Pangkat,
Wanita,

tapi aku tak daya untuk dapatkan semua;

sedangkan hari ini semua yang aku ada sudah cukup
untuk aku hidup di dunia.

aku sedih,
aku menangis,

sampai suatu ketika,
aku cuba bersyukur,

aku gembira,
dengan apa yang aku ada.

Thank You,
I love You.




Monday, February 2, 2015

Hukum



Baju - baju dikumpulkan ke dalam satu beg besar, Ibu bergegas ke pintu, tombol pintu dipulas, pintu terbuka luas, beg berisi baju tadi dicampakkan ke luar rumah. Ibu yang dalam perjalanan pulang ke kampung terpaksa berpatah balik ke rumahnya walaupun sudah pukul  3 pagi untuk mengambil dokumen penting yang sepatutnya dibawa ke kampung.

"keluar kau dari rumah ini, aku tidak mahu lihat muka kamu lagi."

"manusia macam kamu ini, tidak layak untuk duduk di rumah ini."

"mulai hari ini kau jangan panggil aku ibu lagi." Jerit seorang ibu kepada anak perempuannya itu.

"Ibu, maafkan saya ibu, janganlah buat saya begini." rintih seorang anak kepada ibunya.

_______________________________________________________________________
"Alisha, tolong buat air untuk I boleh tak ? I dahagalah". Minta Thomas kepada Pembantu Peribadinya.

"You nak air ?" "Karipap pun I boleh siapkan untuk you tau." Gurau Alisha tanda "ya" bahawa dia sudi menolong Thomas.

Berskirt pendek paras lutut, berambut panjang menyentuh bahu berwarna perang, bertumit tinggi Alisha senyum memandang wajah Thomas, kemudian dia mengatur langkah dengan lenggang - lenggok keluar dari bilik bosnya menuju ke dapur untuk membuat air kopi kegemaran bosnya, pemilik syarikat swasta yang pekerjanya berbilang bangsa di dalamnya.

"Astaghfirullahalazim, Apalah yang si Alisha dan Thomas buat dalam bilik tu tadi ya"

"Entah - entah sudah bermesra. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat, tempat terbuka pun ramai orang berani buat macam - macam, apatah berdua dalam bilik tu." Bisik hati Zahira sambil memandang Alisha yang sedang menuju ke dapur.

Mata Zahira tekun melaksanakan tugasnya, Alisha berjalan menuju ke bilik Thomas. Sebelum itu, dia berhenti seketika di tempat Zahira sambil memgang cawan berisi kopi yang berasap itu.

"Hai Zahira ! buzy nampak, senyumlah sikit barulah comel. Ramah Alisha.

"Eh Alisha, suka betul awak puji orang ya ! . Awak pun apa kurangnya, tapi...... lagi cantik kalau awak labuhkan skirt awak tu. Sindir Zahira sambil membetul - betulkan tudungnya itu.

Mendengar kata - kata Zahira sebentar tadi, Alisha hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa - apa, Dia terus beredar dari tempat  duduk Zahira menuju ke bilik Thomas tanpa rasa bersalah. Namun jauh di sudut hatinya, dia cukup terkesan dengan kata - kata Zahira sebentar tadi. 

Sebaik  sahaja Alisha beredar dari tempat Zahira, Zahira terus mengeluarkan Iphone 6 yang baru sahaja dibelinya. Dia dengan pantas mengambil gambar Alisha yang sedang menuju ke bilik Thomas dengan langkah lenggang - lenggok.

_________________________________________________________________________________

"Kita adalah wanita. Harga diri kita tinggi bukan boleh dijual beli."

"Haa ! gambar Alisha macam sesuai je untuk caption gambar aku kat instagram ni."

"Tak nampak pun muka Alisha, dia bukan follow aku pun kat insta muslimah macam aku ni."

"Aku pun taknak tengok muka dia kat insta dia tu, dedah sana dedah sini, memalukan kaum hawa je." Kata Alisha, meninggikan suaranya sedikit.

"Zahira ! apa bising - bising tu ? Tegur Zaitun, Ibu kepada Zahira.

selepas selesai membasuh pinggan di dapur, Zaitun terus menaiki tangga menuju ke bilik anak kesayangannya itu.

"Zahira, kenapa ni sayang ?" Tanya Zaitun prihatin

" Takda apa - apa lah ibu, kawan kerja Zahira ni seksi betul bu"

Zahira menunjukkan gambar Alisha yang diambilnya tadi di tempat kerja.

"Ish ! apa jenis manusia lah dia ni, lain kali kalau nak jadi Islam, jadilah betul - betul macam orang Islam, macam kita ni, ibu tak pernah ajar anak ibu pakai mecemni, memalukan je." Tegas ibunya.

"Tulah bu, tadi Zahira sindir dia, cakap kat dia suruh labuhkan kain sikit, Dia boleh senyum je ibu. Ya Allah ! geram betul Zahira dengan dia."Cerita Zahira semangat.

"Ha ! inilah kawan kerja Zahira bu, yang Zahira kata ada scandal dengan bos Zahira tu, Thomas. Thomas tu hensem ibu, muka dia sebijik macam penjaga gol Malaysia tu, Khairul Fahmi Che Mat. Tergugat iman Zahira." Tambah Zahira lagi.

"Dah - dah Zahira, jangan nak mengelamun sangat, Thomas tu Cina, takdenya nak ada hati dengan kamu. Ni dah solat ke belum ni ? sedap kamu makan daging orang ya." Sindir ibunya.

"Hehe, Zahira uzur la."Jawab Zahira selamba.

_________________________________________________________________________________

"Boom !"

"Opocot mak kau suka makan daging orang !" latah Zahira terkejut.

"Ish, awak ni Fauzi, terkejut saya, awak nak apa ?" Tanya Zahira kepada teman sekerjanya itu.

"Saya nak minta tolong awak ni, tolong passkan hadiah ni kepada Alisha." Jawab Fauzi sambil menyerahkan kotak berwarna pink kepada Zahira.

Wajah Fauzi yang tampan, bersih serta susuk tubuh badan yang sasa, berbaju kemeja Regular Fit dipakainya sempurna mengikut bentuk badannya, ditenung Zahira lama.

"Zahira ? Zahira ?" panggil Fauzi menyedarkan Zahira yang sedang mengelamun melihatnya.

"Awak okay tak ni, boleh tolong saya tak ?" desak Fauzi.

Tanpa berfikir panjang, Zahira setuju sahaja ingin membantu Fauzi kerana ketampanannya itu sudah berjaya mencuri hatinya walaupun dia sebenarnya tidak suka kepada Alisha.

_________________________________________________________________________________

Jam menunujukkan 10.30 malam, Zahira masih lagi di tempat kerjanya. Dia masih tekun menyiapkan kerja yang diberikan oleh Thomas. Fauzi berjalan menuju pintu keluar.

"Eh, Zahira saya balik dulu ya ! Thank you sebab tolong saya, Sayang awak !

"Okay, sama - sama." Jawab Zahira sambil memandang muka Fauzi masam.

Walaupun penat, mendengar perkataan sayang yang keluar dari mulut Fauzi, membuatkan dia rasa bahagia. Siapa tak suka kalau crush sendiri panggil sayang. Saja dia tidak zahirkan kegembiraan semasa mengucapkan "sama - sama" kepada Fauzi.

_________________________________________________________________________________

Langkah diatur menuju ke tempat letak kereta, Zahira berjalan sambil tersenyum teringat kata - kata yang diungkapkan oleh Fauzi kepadanya sebentar tadi. Ketika Zahira sedang berjalan menuju ke keretanya, dia ternampak sebuah kereta yang pecah cerminnya. Dia mula risau, kemudian  dia cuba menghampiri kereta itu, kelihatan seorang lelaki sedang terbongkok - bongkok dan sedang memeriksa kerosakan kereta itu. Sedang Zahira cuba mendekati kereta itu, lelaki itu memandang ke arah Zahira. Ternyata lelaki itu adalah Fauzi. Bajunya berlumuran dengan darah, kerana tangannya terkena serpihan kaca cermin keretanya. Mukanya sangat pucat dan kelihatan sangat penat dan panik.

"Fauzi, awak okay tak ? cepat ikut saya, saya hantar awak balik dan kita buat laporan polis."

Fauzi yang penat serta tidak mampu berfikir apa - apa, terus setuju dengan pelawaan Zahira itu.

_________________________________________________________________________________

Fauzi mengikut Zahira balik ke rumah. Muka Fauzi pucat, kelihatan dirinya juga masih trauma dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Tangannya juga luka kerana terkena serpihan kaca yang berkecai semasa memeriksa keretanya itu. Bajunya yang dipakai segak semasa waktu bekerja tadi sangat comot dan dipenuhi darah.

"Awak, baju awak kotor sangat tu, habis penuh dengan darah, haaa tengok tangan awak tu pun luka jugak". kata Zahira sambil memegang stereng kereta Myvi nya itu.

"Zahira, boleh tak saya nak tumpang rumah awak sekejap ? saya nak bersihkan diri saya ni. Saya taknak adik - adik saya risau dengan keadaan saya mecemni" Tanya Fauzi gelisah.

Mendengar kata - kata Fauzi sebentar tadi, Zahira seakan serba salah sama ada ingin membantu Fauzi atau tidak. Jam pun sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, Zahira risau akan keadaan sekeliling, takut - takut jadi bualan orang melihat mereka berdua di rumah. Kebetulan Ibu dan keluarganya yang lain sudah berangkat ke kampung. Dia tidak ikut serta bersama keluarganya pulang ke kampung kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.

"Emmm. emmm." kata Zahira gelisah.

"Bolehkan Zahira ?" Tanya Fauzi sambil merenung dalam ke mata Zahira.

"Emmm. boleh, boleh. Jawab Zahira pantas kerana terpesona melihat pandangan Fauzi.

_________________________________________________________________________________

"Fauzi, masuklah bilik adik saya tu, dalam bilik tu ada tandas, bolehla awak mandi dan bersihkan luka awak tu."

Zahira menunjukkan bilik adiknya kepada Fauzi, kemudian dia pergi mencari baju untuk diberikan kepada Fauzi. Menggantikan kemeja putihnya yang berlumuran dengan darah itu.

"Fauzi, Fauzi !" , panggil Zahira. 

Zahira menuju ke bilik adiknya untuk memberikan baju kepada Fauzi tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Eh ! Maaf . Kata Zahira sambil menundukkan kepalanya.

Fauzi yang baru sahaja membersihkan dirinya hanya bertowel dan tidak berbaju. Jelas kelihatan otot - otot dibadannya timbul. Memandangkan hobinya juga bersenam di gym ketika masa lapang, badannya tegap dan sasa. Fauzi menuju ke arah Zahira tanpa segan. Tangannya bersentuh dengan Zahira. Mata bertentang mata, maka syaitanlah yang menjadi orang ketiga.

_________________________________________________________________________________

"mulai hari ini kau jangan panggil aku ibu lagi." Jerit seorang ibu kepada anak perempuannya itu.
"Ibu, maafkan saya ibu, janganlah buat saya begini." rintih seorang anak kepada ibunya.

Air matanya jatuh satu demi satu membasahi bumi. Air mata kesal yang tiada guna lagi untuk ditangisi apakan daya hanya syaitan sahaja yang ketawa gembira. Zahira kesal dengan tindakannya membenarkan lelaki masuk ke dalam rumah semasa ibunya tiada di rumah. Dia tahu, Syaitan sudah berjaya menghasut dirinya melakukan perbuatan terkutuk itu. Lebih memilukan lagi, dia dihalau oleh Ibunya sendiri yang menyaksikan perbuatan hina anak kesayangannya itu.

________________________________________________________________________________

"Aku terima nikahnya Masya Alisha Binti Zamarul Zaman dengan mas kahwin RM 300 tunai"

"Sah ?" Tanya Jurunikah kepada saksi.

"Sah sah" Jawab saksi sambil mengangguk.

Alhamdulillah, Alisha dan Azim selamat disatukan. Pasangan merpati dua sejoli ini sama cantik sama padan.

"Cantik you bertudung Alisha". Puji Azim @Thomas (nama sebelum Islam)

"Alhamdulillah bee, semua ni hidayah daripada Allah. Setiap yang hitam pasti akan ada yang putih kan ? Allah tu Maha Adil.

"I pun tertarik nak masuk Islam sebab terpikat tengok kesantunan you, bila I tengok you sempurna berhijab mecemni I rasa lagi tenang hati I." Puji Azim@Thomas

_________________________________________________________________________________

"Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun kita kahwin kan bee ?"

"Alhamdulillah ! seronok I tengok Rizqi main dengan Farish, adalah jugak teman dia untuk bermain, takdelah dia sunyi je.

"Betul tu bee" kata Alisha.

"Ingat lagi arwah Zahira, manis orangnya, sebiji macam muka Farish itu."

Selepas peristiwa menyayat hati itu, Zahira tinggal bersama Alisha di rumahnya. Zahira meminta maaf kepada Alisha kerana seringkali menilai manusia dari luaran sahaja. Dia sedar perbuatannya itu seolah menghukum manusia . Seolah dirinya sudah tahu di mana tempatnya selepas mati dan bagaimana pengakhiran hidupnya sebelum mati. Dia bersyukur kerana masih ada orang ingin melihat dan mebesarkan anaknya.
________________________________________________________________________________

"Terima Kasih Mummy" Ucap Farish kepada Alisha.

"Sama - sama sayang" Jawab Alisha sambil mengesat air mata.

Fauzi memegang bahu Farish menuju ke kereta kemudian melambaikan tangan sebagai tanda perpisahan . Dia yang menghilangkan diri selepas sahaja bernikah kerana ditangkap khalwat di rumah Zahira 15 tahun yang lalu malu dengan tindakannya itu. Kini dia muncul dan insaf akan apa yang telah dia lakukan.

Tamat

_________________________________________________________________________________

Terlalu banyak makian serta hinaan kita lontarkan sesama manusia, seolah kuasa hidayah itu di tangan kita.

Namun, jauh di sudut hati kita untuk kita banyakkan berdoa berbanding kritikan yang kita suka humban.

Mungkin kita terlupa bahawa hidayah itu bukan milik kita.

Nukilan jiwa : Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata

_________________________________________________________________________________