Friday, July 26, 2013

Menyingkap erti kehidupan

Menyelami erti sebuah kehidupan, Kerana hari ini ini manusia masih tidak mengerti tujuan sebenar hidup kenapa dan mengapa ? Diri yang menulis ini bukanlah terlalu bijak untuk memberi makna yang mendalam, cuma ingin sama2 kita mulakan titik permulaan yang baru di bulan yang penuh barakah ini mengapa kita perlu hidup. Tinta seorang belia, yang bakal menduduki SPM tahun ini, ingin berkongsi sedikit maklumat yg sedia ada dan terdengar daripada beberapa para ilmuan yang lebih hebat.

Sebuah kehidupan yang mampu diadaptasi dengan beberapa analogi agar semua mampu memahami dengan lebih jelas InsyaAllah.

Analogi pertama :
Hidup umpama pisau ?



Pisau, Benda yang tajam. Kegunaannya x lain x bukan untuk tujuan memotong benda yang perlu di potong. Siapa sahaja boleh guna pisau. Tok Mudim guna semasa khatan. Hatta Bibik kita guna pisau untuk potong semua sayur, buah dll. Ya, Sekarang jelas pisau dicipta untuk tujuan kebaikan. Tapi... Kenapa masih Ada manusia yang takut dengan pisau sedangkan Ia dicipta untuk tujuan kebaikan. Maracapada ada segelintir insan di muka bumi ini yang salah menggunakannya dengan tujuan MEMBUNUH , MENGHIRIS, MENGELAR leher insan yang tidak pernah berdosa. Sekarang perbuatan inilah pisau ini digeruni dan ditakuti.

Begitulah kehidupan Allah kata dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 :
" Dan aku tidak akan menciptakan manusia itu melainkan untuk memyembah Ku "

Namun hari ini manusia, Allah perintahkan untuk lakukan kebaikan kepada seluruh manusia di seantero dunia. Hidup umpama pisau yang tujuan sebenarnya untuk tujuan kebaikan, mencari ilmu, bantu membantu sesama sendiri, spt apa yang Allah kata dalam surah Al-Maidah ayat 2 :

" Dan bertolong - tolonglah kamu kearah kebaikan Dan bertakwa Dan janganlah kamu bertolong- tolongan kearah keburukan dan permusuhan "

Nah ! Allah x pernah kata pon suruh buat keburukan tapi manusia nihh degil, Susah betul nak buat baik. Tuh yang ada yang bunuh diri tuh ! Kerana tidak tahu kenapa mesti kita hidup, kita cepat sekali berputus Asa . Saranan ini untuk sahabat sebelia dengan saya. InsyaAllah.

Analogi kedua :
Hidup umpama pen ?



Pen digunakan untuk tujuan menulis, mengarang karangan, buat add math, buat lukisan hanya dengan sebatang pen. Suatu hari, Ia tidak lagi digunakan dek kerana dakwatnya habis. Dakwatnya habis kerana sudah lama tidak digunakan. Si pengguna pon, menghempas pen itu, Dan memaki hamun pen yg tidak berdosa itu, lalu dibuangnya ke dalam tong sampah.

Begitulah kehidupan, anak muda, hari ini yang ramai putus harapan untuk hidup, kerana ianya ditinggalkan begitu lama, bila melakukan kesilapan sering diherdik, dimaki, dihina, jauh sekali Diberi harapan, akhirnya dibuang begitu sahaja Dan menjadi sampah masyarakat. Kerana hati manusia nih Akan kering andai tidak diisi Dan digunakan memberi nasihat Dan tunjuk ajar sama seperti pen, biarlah ianya sering digunakan hingga dakwatnya habis, namun dihabiskan dengan cara tidak menghempas kemudian dicampakkan kedalam tong sampah, manusia biarlah tika usia muda ini diisi dengan ilmu Dan memahami erti kehidupan, agar Ia tidak terus kering, Dan di biarkan menjadi sampah masyarakat. Biar riwayat hidupnya tamat dengan segalanya sudah teriisi sehingga tidak mampu lagi diisi seperti pen insyaAllah.



















3 comments:

  1. hebat , capub , terbaik , lawa , macho , johan kebangsaan , hahahahahahahahahahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhahahahha . blog the best of the world . entri best giler

    ReplyDelete
  2. Ini memang terbaik ! dah lama aku nantikan , teruskan ya ! :D

    ReplyDelete