Friday, July 26, 2013

Jatuh . Bangkit . Terussss ... Terbang.












Degupan jantung berdenyut laju, tatkala Ketua Hakim Majlis Tadarus Al-Quran kali ke 39, 2013 dijemput oleh Pengerusi majlis untuk mengumumkan siapakah juara bagi acara dipertandingkan.... Nak dipendekkan story, jantung nak tercabut waktu tuhh bila Ketua Hakim cakap macam nihh " seterusnya bagi acara Syarahan Agama Sekolah Menengah kategori Lelaki...... Tempat ketiga dengan peratusan 91% dari Negeri Kedah.... "Huh ! Perasaan gemuruh mula menyelubungi diri, dalam hati kata camnih " ya Allah ada harapan ke menng nihh " kemudian Tempat kedua dengan Markah 92% Negeri kelantan.... Argggghh. Ya Allah waktu tuh terus tertunduk, kalau boleh x nak dengar seterusnya. Dan Juara Syarahan Agama kategori Sekolah Menengah kategori lelaki Majlis Tadarus Al - Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 39...... Dengan peratusan 94 % Syamim Muhaimin Bin Abdull Shata Dari Negeri Selangor. Dengan terus tertunduk waktu tuhh. Dalam hati Allah jer yang tahu, apa yang rasa... Alhamdulillah ya Allah tahun ini rezeki aku ya Allah. Tak mampu nak ungkap apa2 waktu tuhh. Rasa gembira sukar nak digambarkan. Macam dapat 11A+ SPM Pulakk... Alhamdulillah !







Ha ! Cerita tentang SPM, nak kaitkan dengan selingan kenangan manis Kat atas tuh.... Tup2 lepas jer menang dengan jayanya, terus cuti Dan lepas sahaja buka sekolah terus dapat result exam. Hati rasa berdebar, dengan usaha yang sikit, tapi nak buahkan hasil yang mantap. Memang angan2 Mat Jenin je lahh kan? Dengan ini result saya mencatat rekod yang sangat buruk dengan kedudukan dalam tingkatan 209 / 215. Sangatlah merisaukan diri Dan hati yang diselubungi dengan perasaan gembira kian Kabur dek keputusan yang diterima jauh sekali nak dibandingkan dengan sahabat handai di bumi Bestari. Diri ini tahu apa yang lemah, diri ini tahu apa yang tertinggal, diri ini tahu apa yang kurang sehingga mencatat keputusan sebegitu teruk sekali, namun seketika diri ini menjadi tidak keruan, tak tahu mengapa, rasa kemurungan yang menghinggap diri datang tiba2. Ouhh. Mungkin Allah nak suruh usaha lebih lagi, Allah nak suruh selalu berdamping denganNya agar tidak terus hanyut dengan apa yang kita nikmati... Tiba2 teringat kata2 akak senior  juga pernah mewakili Negeri Selangor Syarahan Agama waktu 2011. Rasa tenang bila dengar bingkisan ini ...





"Allah tidak Akan memberi pelangi yang Indah tanpa lebatnya hujan, Allah tidak Akan berikan subuh yang tenang tanpa pekatnya malam "







Apa yang dapat dikonotasikan, Allah jadikan suatu titik hitam itu pasti ada hikmah yang hebat yang perlu manusia singkap, mendalami apa yang Allah nak ajar kita, mungkin lebih penting daripada subjek chemistry, add math, physic maybe :)



Sebab Allah kata apa dalam surah Al -Baqarah ayat 286,,,,

"Allah tidak Akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ....... "

Nah ! Sekarang jelas, InsyaAllah apa yang Allah berikan pasti kita sanggup pikulnya, kerana Allah tahu apa yang kita rasa, apa yang kita pendam, segala- galanya. Just trust Him ! Kita insan yang lemah, x mampu nak tandingi, dengan Dia yang Maha Kuasa. Kerana kita ada lah sebaik - baik ciptaan Dari Nya.  

Allah kata apa lagi dalam surah An- Nisaa' ayat 28 :

"Allah sentiasa hendak meringankan beban (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah"

Nah ! Jelas lagi bersuluh, kita ni Hamba yang sangat lemah. Kepada yang selalu meniti kejayaan. Jangan mudah rasa diri itu hebat, kerana Allah sedang menguji hambanya yang lemah dengan pelbagai dugaan walau apa bentuk sekali pun.



Jadi, andai jatuh . Bangkitlah !  Dan teruskan terbang menggapai bintang ....






moga kejayaan ini menjadi suntikan semangat dalam mencapai misi 11 A+. jadikan mood exam dalam bulan yang penuh barakah ini, mampu menggapai misi yang kita impikan. berakhlak mulia seperti nabi Muhammad spt firman Allah surah Al- Qalam ayat :

"sesungguhnya engkau (Muhammad) Berbudi pekerti yang agung "

jika benar kita ingin capai kegemilangan sebuah negara, hatta dalam keluarga kecil sekalipun, lakukan perubahan dalam diri kita sendiri kerana Allah kata surah Ar -Ra'du ayat 11 :

"sunnguh Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri "

Salam Ramadhan. berubah mencapai satu azam yang baru !














4 comments:

  1. tahniah menang... tapi jangan abaikan study ... bottom 20 tuh result anda...

    ReplyDelete
  2. Syamim, aku dah jatuh . aku dah bangkit . tapi aku belum terbang! heh, jumpa kat IPT nanti, aku terbang . =D

    ReplyDelete
  3. wow, tahniah2, alhamdulillah :)

    akak blogwalking here, and sebenarnya akak kawan ur sister, syaz :)

    Congratz n keep it up!

    ReplyDelete