Sunday, January 4, 2015

Percaya




Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! 

jeritan jantan terdengar menembus sampai ke bilik 216 Blok Boboy . Beberapa pelajar lelaki Sekolah Menengah Jalan Jantan bergegas ke bilik yang kedengaran suara jantan tadi.

Setibanya mereka di bilik itu. "Woi ! kau dah kenapa jerit macam hantu ni ?" "Sakit Otak ke apa ?" . Tanya Alan kepada Akim mendahului rakan - rakannya yang lain.

"Eh, kuat ke aku jerit ?, saja je aku test suara aku yang habis jantan ni. takde apa - apa lah, selumbar masuk kaki je ni, dah elok dah keluar dari kaki aku yang "wangi" ni. Jawab Akim tanpa rasa bersalah.

"Ish kau ni Akim, suka sangat buat saspen tau, haritu kau tipu kitorang cakap handphone kau hilang, laju - laju kitorang lari  pergi cari takut - takut ada pengawas rampas atau siapa - siapa ada curi.". Kata Alan serius sambil mengetuk kepala Akim tanda geram.

"Ala, Sorry la. Okay aku janji, aku tak buat dah lepasni. okay ? relax la bro ! gurau - gurau manja pon tak boleh ke ?" Jawab Akim selamba.

_________________________________________________________________________________

Akim merupakan seorang lelaki tampan yang boleh dikatakn "Hot" la jugak kat Sekolah Menengah Jalan Jantan tu. Dia bersama 3 sahabatnya yang lain iaitu Alan, Arman dan Arian juga punya watak yang sama seperti Akim. Tapi Akim ni lain sikit, dia baik, ada lah jugak nakal - nakal sikit. nak senang described Akim ni, Dialah jejaka idaman Malaya era ini. Muka ala - ala Sharnaaz Ahmad, tapi lembut sikit, tapi bukan Encik Sotong ya !

_________________________________________________________________________________

"Wei Alan, macam tak percaya kan ?" 'Tak percaya apa ?" jawab Akim. "ye la, macam tak percaya kita boleh jadi pasangan kekasih yg sweet kan ?" mendengar kata - kata Akim tadi rakan - rakan yang duduk semeja dengan Akim yang sedang menghayati lagu perpisahan sempena makan malam terakhir mereka sebagai pelajar sekolah memandang ke arah mereka yang sedang berpegangan tangan dengan muka yang menjijikkan. 

"Eh rileks la, aku main - main je" . "aku cakap, macam tak percaya kan, kita dah last day harini, lepasni semua dah nak buat haluan masing - masing." "Nanti semua dah merantau sana - sini. susah dah nak lepak - lepak, cerita - cerita pasal wanita pilihan hati." "eh banyak lagilah."" tiba - tiba aku rasa nak menangis pulak"

Arian mengangkat tangannya lalu melepaskan tamparan ke muka Akim persis Sharnaz Ahmad tu. Terdiam sekejap Akim. "Dah - Dah, jangan lah nak sedih sangat, nanti aku pulak yang nangis kat sini, malu lah kalau nangis depan perempuan". "Tapi ye lah." Celah Arman. Seriously aku pun tiba - tiba rasa sebak pulak malam ni." (Alunan muzik latar Thousand Years by Christina Perry) tiba - tiba buat mereka rasa sedih untuk berpisah sesama sendiri.

_________________________________________________________________________________

Akim merebahkan badannya ke atas katil, badannya melantun - lantun dek kerana katilnya yang sangat selesa. dia tersenyum kerana teringat segala kenangan manisnya di bangku persekolahan dahulu, bersama empat sahabatnya yang boleh dianggap seperi kembarnya sendiri. Kini Akim sedang belajar di salah sebuah Universiti di Malaysia, mengambil kos Arkitek. Minatnya dalam seni lukis juga membuatkan dirinya cemerlang setiap kali semester. Akim teringat perbualannya bersama Alan, iaitu antara orang yang akrab dengannya berbanding sahabatnya yang tiga orang lagi.

_________________________________________________________________________________

"Wei, Akim kenapa nangis teruk sangat ni ?" "Eh ! Alan, kau nampak ke ?, malulah aku kantoi menangis dengan kau, Eh takde apa - apa lah, aku okay je." " kau jangan nak drama melayu sangat dengan aku, nampak orang nangis, pergi tanya, lepastu kata takde apa - apa". "kau ni, kita dah kawan hampir 5 tahun dah wei, duduk asrama ni sama - sama, semua buat sama - sama, tak payah nak tipu aku sangat. aku kenal kau." jawab Alan serius, sambil membuka kopiah di kepalanya wajahnya persis Imam Muda Asyraf tiba - tiba bertukar seperti Farid Kamil. 

"Aku bukan apa, aku baru lepas kene tinggal dengan awek aku". "Kene tinggal ?" "Aah kene tinggal, dengan Alia." "Alia ?" jawab Alan dengan nada yang agak tinggi. "Alia tu bukan suka perempuan ke ?" macam mana dia boleh sangkut dengan kau ni ?" sambil menutup mulut dan ketawa kecil, Akim memukul peha Alan yang sedang duduk bersila menghadap Akim. "Aku tipu kau je la, mana ada aku bercinta ni". Alia tu pon siapa aku tak kenal, pandai - pandai je kau kata Alia suka perempuan, Alia mana yang kau maksudkan tu aku pun tak tahu. setahu aku Alia yang ada kat Sekolah Menengah Jalan Jantan ni (walaupun nama Jantan tapi sekolah campur) baik dan sweet je wujud. tak pernah lah pulak aku dengar dia suka sama perempuan. kau jangan nak pandai - pandai fitnah berdosa besar tau.

Cubaan Akim untuk mengubah topik perbualan mereka tidak menjadi, sebab Alan sudah cukup masak dengan perangai Akim yang suka mengubah topik perbualan sekiranya ingin meluahkan sesuatu.

"Bapak kau buat hal lagi ke ?" Aah. bapak aku buat hal lagi. Jawab Akim sambil menundukkan pandangan. "kali ni dia balik rumah, dalam keadaan mabuk, dia sepak - sepak bakul lepastu dia minta duit kat kakak aku. Kakak aku tak bagi, sebab dia kata dia nak tanggung belanja yuran asrama aku, adik aku lagi, kakak aku meniaga nasi lemak je, duit pun cukup -  cukup je untuk buat belanja. "lepastu apa ayah kau buat" . Tanya Alan pantas. "Macam biasa la dia buat kakak aku, dia sepak kakak aku, sampai lebam peha dia.""Kebetulan aku baru balik dari asrama kelmarin, depan mata aku je peristiwa tu berlaku, aku terus jerit kat ayah aku" "aku terus lempar duit aku kat ayah aku, duit yang aku jual kerepek kat asrama tu". "lepastu ayah aku terus keluar dari rumah, sambung buat kerja bodoh dia tu"

_________________________________________________________________________________

Akim tersedar daripada lena, dia asyik mengimbau kenangan lama sampai terlena dibuatnya, dia sedar Alan kini jauh di Manchester melanjutkan pelajaran. Sukar untuk dia lupakan kenangan manis dia bersama Alan sewaktu alam persekolahan, kerana segala isi hati yang ingin diluahkan tentang permasalahan diri dia serta konflik keluarganya yang tidak pernah habis, hanya Alan sahaja yang faham. tapi itu masalah tika dia di bangku sekolah menengah. Sudah lama masalahnya itu membelenggu dirinya. Kakaknya kini pun sudah meghadap Ilahi, dek kerana mengidap penyakit kanser payu dara. Tuhan lebih menyayanginya. Akim pasrah serta redha dengan ketentuanNya. Kini dia hanya bergantung nasib dengan neneknya yang menjaga dia dan adiknya selepas pemergian kakaknya. Bapa dia pula kini berada di penjara dan menunggu hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita.

"Nak Air sikit boleh ?"tanya Ammar.  "ambil je la, lain kali kalau nak air, ambil je, tak payah minta kebenaran aku. Jawab Akim. "Okay, Terima Kasih". sedang leka Akim buat assignment yang telah ditugaskan oleh lecturer, tiba - tiba lagu Rude dari kumpulan Magic kedengaran. Teman sebiliknya di Universiti menari kerana terkejut. Akim menjawab panggilan, "Hello Akim, cepat balik, adik kamu accident tadi naik motor, dia di Hospital Jalan Harimau sekarang. cepat balik ambil nenek kat rumah, tiada siapa kat hospital nak tengok adik kamu tu."Akim terus kelam kabut mengemas barang kerana risau akan adik kesayangannya itu, Aiman. 

"Kau nak pergi mana?" Tanya Ammar. Aku nak balik rumah, ambil nenek aku, adik aku accident tadi, dia kat Hospital Jalan Harimau, tiada siapa nak tengokkan dia tu." Jawab Akim tercungap - cungap "kau nak pergi dengan siapa ?"" Naik bas la". "Eh, takpe biar aku hantar kau, guna kereta aku" "Eh takpe ke ?" "Eh, boleh je. kawan tengah susah kene lah tolong""Dah - dah, jangan nak banyak bunyi, cepat ikot aku" Jawab Ammar tegas.

"Doktor ? macam mana dengan adik saya ? " "Adik kamu sekarang dalam keadaan tidak sedarkan diri, saya harap kamu bersabar dengan apa yang saya nak beritahu kamu nanti. "Baiklah doktor" jawab Akim gelisah. "adik kamu mengalami kecederaan teruk di kepalanya, dia akan sedar, tetapi 80% kemungkinan dia akan hilang ingatan, saya harap kamu dapat bersabar.

mendengar kata - kata doktor sebentar tadi, hatinya mula hancur. Air matanya tidak tahan lagi. Muncul Ammar di belakangnnya mengusap badan Akim menenangkan keadaan Akim kerana melihat wajahnya pucat serta sedih tak terkata. Air matanya menitis satu per satu ke lantai, menggambarkan betapa sedihnya perasaan dia yang baru sahaja kehilangan kakaknya, bapanya yang juga ingin mulai insaf di penjara akan menjalani hukuman gantung sampai mati menerima balasan dunia atas keangkuhan dirinya yang hanya cintakan dunia dan bernafsukan binatang semata - mata. sebak tak terkata kerana hanya  merasa kasih sayang seorang ibu sementara, yang mati bertarung nyawa ketika ingin melahirkan adiknya yang bongsu kini terlantar di hospital dan kemungkinan hilang ingatan buat selamanya.

semenjak peristiwa itu, Ammar dan Akim bersahabat baik. Ammar sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Akim yang penuh dengan dugaan. 

_________________________________________________________________________________

Air mata mengalir di pipi Akim, kelihatan mukanya sangat sebak dan sangat bermasalah. Alia mengelap air mata yang jatuh berderai di pipi Akim. Alia mengelapnya dengan penuh kasih sayang. mukanya persis Sharnaaz Ahmad itu, ditenung lama kerana wajahnya itu sungguh tampan. sampailah Akim tersedar.

"Sayang. kenapa tak tidur lagi ni ?" Tanya Akim kepada isterinya yang cantik persis Neelofa itu, ternyata kisah cinta dia di bangku sekolah itu bukanlah main - main semata, masin mulutnya. Wanita idamannya yang dikatakan sukakan perempuan dahulu kini sudah menjadi isterinya. "Abang mengigau tadi, sebab tu saya bangun, lepastu saya nampak air mata abang mengalir saya lapkan la"Jawab Alia manja. "Abang okay tak ?" "takda apa - apalah sayang, abang cuma mimpi semua peristiwa abang dulu. abang teringat arwah kakak abang, ayah abang dan adik abang". jawab Akim menenangkan isterinya Alia yang gelisah itu. "Abang, pukul 3 pagi sekarang ni, jomla kita tahajud sama - sama. yang pergi tu tetap pergi, kita yang hidup ni perlu teruskan kehidupan. pujuk Alia dengan penuh sayang.

_________________________________________________________________________________

Kringgggggggggggggggggggg ! bunyi loceng sekolah tanda tamat persekolahan, Fareez memegang buku diari arwah atuknya Tok Kim (Akim) yang menceritakan pahit getir perjuangan atuknya menghadapi hidup. Dia tertarik dengan kata - kata ini, 

"Hidup ini Allah pasti kurnia sahabat - sahabat yang baik sebagai teman pengganti untuk kita terus maju ke hadapan, jika kita ditarik suatu nikmat, dengan kepercayaan Allah itu Maha Adil Dia pasti beri yang lebih baik kepada kita"

"Jadi percayalah dengan segala ujian Allah, hadapilah ia dengan penuh tabah, InSyaAllah, kurniaan Allah itu pasti akan muncul"

yang benar Tok Kim (Akim)

-Tamat-

_________________________________________________________________________________


1 comment: