Thursday, May 14, 2015

Satu Hari .




Kringgggggg ! Kringggggggg !

Bunyi jam loceng.

Mata cuba dibuka, walaupun hakikat sebenar berat untuk dibuka. Tangan mencapai jam loceng kerana telinga sudah bingit mendengar deringan itu. Selimut yang menyelubungi badan, diangkat dan diletakkan di tepi hujung katil. mata yang rabun, dicapainya pula kaca mata kemudian merenung jam loceng yang ditutupnya tadi.

"erghhhhhh !, baru pukul 6.30 pagi. sempat lagi nak solat ni." Kata Baim dalam hati.

Setelah berperang dengan mata yang berat, selimut yang tebal, sebenarnya Baim hampir memenangi peperangan itu, tapi apakan daya, kulit babi (selimut) itu juga disayanginya. Dia dengan penuh selesa, membalut badannya dengan kulit babi yang diletaknya di hujung katil.

Ya ! Baim tewas.

______________________________

"Weh ! Baim, bangun, bangun ! dah pukul 9,00 pagi dah ni, kau takde kelas ke ?"

Kejut Amin, sambil menolak badan Baim yang sasa itu.

"ha ? ha ? apa ? pukul berapa ni ?"

Tanya Baim mamai.

"Dah pukul 9.00 lah Itik!"

Jawab Amin kasar.

"Ha ? pukul 9.00 ? Aduhhhhhhhhh ! bod*h betul la, aku ada presentation ni. kenapa tak kejut awal-awal. dah la aku group pertama. mati aku."

Tuala dicapai, Baim terus bergegas ke bilik air. Dia bersiap dengan pantas kerana dia sudah kelewatan untuk pergi ke kelas. sambil dia mandi dia baru teringat yang dia belum lagi menunaikan kewajipan dia.

"Aduhhhh, belum sembahyang subuh lagi ni." jerit Baim dalam hati.

Sejadah dicapai di penjuru katil, dibentangnya di atas lantai dan menghadap qiblat. Amin memandang dengan penuh hairan.

Aiiii, semenjak dua menjak ni, rajin betul aku tengok kau solat Dhuha, siap ada qunut lagi. kau ni syiah ke apa ? tanya Amin sinis sambil ketawa.

Aduhhhh. Aku Qadha' subuh la. jawab Baim selamba.


                                                       ______________________________

Jam menunjukkan 10 pagi, Baim bergegas ke kelas dengan harapan dia tidaklah terlalu lewat ke kelas. Walaupun hakikat sebenar dia sudah lewat 30 minit.

"Aii Ibrahim, awal awak datang kelas ? ada pesta apa semalam ?" Tanya pensyarah baim.

Baim hanya tersenyum mendengar kata - kata pensyarahnya. Dia akur yang dia sudah lewat masuk ke kelas.

"Dah - dah masuk cepat, sekejap lagi giliran kumpulan kamu pulak bentang. Takda masa saya nak ceramah kamu, kamu bukan lagi budak darjah 1 lagi"bebel pensyarahnya.

kata pensyarahnya, yang sudah biasa dengan kerenah anak - anak muridnya. Lumrah pelajar Universitilah datang lewat. Kemudian beribu alasan diberi macam sudah ada 10 anak untuk ditangung oleh mereka,

"Haihhhh! selamat aku, nasib baiklah pensyarah ni baik je. Punyalah kelam kabut aku tadi, kalau tahu lah gayanya mecemni, aku lewat lagi 1 jam." kata Baim dalam hati.

"Kau kenapa lambat ni ? kau buat apa semalam ? Tanya rakan sebelahnya pantas.

Alahhhh aku main game je, lepastu ada la tengok movie sikit. pukul 3 pagi baru aku tido. alaaa biasa lah tu. "Student" kan. Jawab Baim selamba sambil mengangkat keningya.

Ibrahim teruskan pembelajarannya di dalam kelas.

"Apa ni, dia bentang ! tak faham langsung apa dia cakap." "dah lah gigil-gigil. cakap kat depan pun susah" " cakap belakang orang bukan main hebat lagi." Kata Baim kepada rakannya yang sedang membentangkan tugas yang mereka terima.

rakan - rakan yang mendengar kata - kata Baim sebentar tadi, diam sahaja. mereka sudah masak dengan perangai Baim yang berlagak tu.

______________________________

Langkah diatur cantik, menuju ke kelas berikutnya. Baim yang tadi kelam kabut kembali tenang bagai tiada apa - apa yang berlaku sebentar tadi.

"Baik semua, boleh keluarkan buku Pengajian Malaysia, hari ini saya mahu terangkan tentang sistem pemerintahan di negara kita" kata pensyarah.

Buku dibuka dan diletakkan di atas meja, Baim terus mengeluarkan telefon pintarnya itu, dan membalas mesej daripada aplikasi whatssapnya itu. Tumpuan yang septutnya diberikan kepada pensyarahnya tidak diendahkan kerana baginya pelajaran ini dia boleh mampu belajar sendiri dan terbukti dia masih mencatat keputusan yang baik meskipun dia berbuat demikian.

"Okay kelas bersurai"

Buku disimpan didalam beg, dan baim terus menuju ke biliknya.

______________________________

Seperti biasa, dia menunaikan solat Zohor di dalam biliknya dan terus melelapkan mata kerana dia sudah keletihan seharian belajar.

Kringggggggggg ! Kringggggggggg !

Bunyi jam loceng.

Tok ! Tok !

Pintu dipulas dengan perlahan, ditolaknya dengan penuh berhati - hati. Kedengaran bunyi geseran pintu yang menyakitkan telinga. Baim terus sedar dari lena.

"Baim bangunlah ! pukul 5.30 dah ni. Jom la pergi main bola."

"Kau ni kerja ternak lemak je hari - hari."

jerit rakannya, ingin ajak bermain.

"kejap kejap, bagi aku 5 minit tukar baju dengan basuh muka."

jawab Baim.

Dicapainya seluar sukan dan menukar pakaian. Tanpa membuang masa Baim terus ke padang.

______________________________

"Weh ! dah pukul 7.00 dah ni, jomlah balik." kata Baim

"Ala Baim, awal lagi lah, lepak la dulu. Last gol last gol." Rayu kawan - kawannya.

"Aku dah pancit dah ni, korang main la" kata Baim mengah.

Baim berlari pantas menuju ke bilik. Tujuan sebenar dia balik awal kerana dia belum menunaikan solat Asar lagi. Dia terus mencapai tualanya dan bergegas kebilik air. selesai mandi dia terus mengambil wudhu' bagi menunaikan solat Asar.

Jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Sejadah dibentang dan Baim menunaikan solat Asar. Selesai sahaja dia solat. Dia terus menunggu waktu maghrib.

______________________________

Buku dibuka, Baim menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Baim masih leka bermain game setelah satu jam selesai menyiapkan tugasan.

2.00 pagi, Baim melelapkan mata.

-Tamat-

Mungkin kita ditakdirkan untuk menjadi orang biasa atau mungkin tidak dikenali ramai. Namun ia tidak bermakna kita tidak dikenali Allah.

Menjadi yang biasa, tak bermakna kita juga perlu biasa - biasa dalam melaksanakan tuntutan Allah.

Allah kurnia hari - hari agar kita perbaiki diri sendiri. Jadi apa yang kita lakukan hari ini ya ? moga kita mampu perbaiki agar sentiasa dipandang Ilahi.











No comments:

Post a Comment